10 Cara Belanjakan Wang Pengeluaran Khas KWSP Supaya Tak Habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dalam dua minggu ini, media sosial kini dipenuhi dengan pelbagai perkongsian daripada orang ramai yang teruja menunjukkan koleksi barangan yang di­beli menggunakan duit penge­luaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seba­nyak RM10,000.

Tidak cukup dengan perkongsian gambar-gambar pembelian, ada kalangan pencarum turut merakam video di luar pekara­ngan premis perniagaan dengan memaparkan beg kertas, harga serta pelekat jenama barang yang dibeli.

CARA GUNA WANG KWSP TAPI TAK HABIS!

Sebenarnya terdapat pelbagai cara boleh digunakan oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi manfaatkan wang yang dikeluarkan supaya tidak melakukan sebarang pembaziran.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kaedah perbelanjaan wang itu diumpamakan seperti membawa air dalam baldi kerana jika tidak dibawa dengan betul, air akan tumpah.

Sekiranya tidak dibelanjakan wang tersebut dengan betul ia akan menyebabkan kerugian sangat besar kepada pencarum kerana seperti yang diketahui wang itu sepatutnya dibelanjakan selepas persaraan.

SELESAIKAN HUTANG ANDA

“Pertama, perkara yang menjadi keutamaan adalah melangsaikan hutang terutama hutang kad kredit. Peratus pembiayaan atau kadar faedah hutang kad kredit yang tinggi iaitu sebanyak 18 peratus akan menyebabkan pencarum terpaksa bayar faedah semakin tinggi seandainya hutang lambat dibayar.

MODAL NIAGA

“Kedua, wang itu juga boleh digunakan untuk berniaga. Dengan jumlah wang yang diterima itu, ia mesti disesuaikan dengan saiz perniagaan kita,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modal yang dikeluarkan untuk peringkat awal tidak seharusnya lebih separuh daripada wang yang diterima.

Dengan modal itu, katanya, pencarum boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan terutama perniagaan yang bersifat ‘universal’ seperti menjual makanan.

“Misalnya kalau kita dapat RM10,000, jangan habiskan semua sebagai modal. Paling tinggi boleh gunakan sebanyak RM5,000 dan selebihnya simpan untuk kegunaan lain.

TINGKATKAN PENGALAMAN (KURSUS KEUSAHAWANAN)

“Ketiga, wang KWSP juga boleh dibelanjakan untuk kita mengambil kursus untuk menceburi bidang yang disukai,” katanya.

Memperincikan perkara itu, Mohd Afzanizam menjelaskan, kemahiran yang diperoleh itu boleh membantu pencarum memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan.

“Sekarang banyak agensi kerajaan menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang perlu direbut. Yuran yang dikenakan juga berpatutan.

“Bahkan saya sendiri turut mengambil kursus di Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) untuk tambah kemahiran.

“Tidak salah kita belanjakan sedikit wang i-Sinar itu untuk tambah kemahiran dan pengetahuan seterusnya ia dapat bantu kita memperoleh pendapatan dari sumber lain,” katanya.

SIMPAN DALAM ASB

Beliau berkata, cara keempat adalah menyimpan atau menambah pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Menurutnya, ASB memiliki ciri pelaburan yang unik iaitu berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi iaitu membolehkan pencarum mengeluarkan semula wang ketika diperlukan.

BELI BARANG KEPERLUAN PENDIDIKAN

“Kelima, wang PENGELUARAN KHAS juga boleh digunakan untuk membeli barang keperluan pendidikan seperti peranti pintar yang sesuai dengan pendidikan norma baharu sekarang.

TABUNG KECEMASAN

Cara keenam, katanya, pencarum boleh menggunakan wang itu sebagai tabung kecemasan.

Jelas beliau, pengalaman melalui waktu-waktu sukar ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan betapa pentingnya setiap keluarga memiliki tabung kecemasan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Jadi kalau kita dapat RM10,000 , kita kena pastikan kita kena menyimpan sebanyak 30 peratus daripadanya untuk beri kelegaan kepada kita pada masa depan.

MELABUR PEMBELIAN EMAS

“Cara ketujuh, kita juga boleh melabur dengan pembelian emas sekiranya mahu membuat pelaburan untuk jangka masa panjang,” katanya.

GUNAKAN DUIT UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN

Kaedah kelapan pula, menurutnya, duit itu juga boleh hanya digunakan untuk menampung kos sara hidup untuk satu jangka masa yang ditetapkan.

BARANG KEPERLUAN

“Cara kesembilan, wang itu juga boleh digunakan untuk membeli barang keperluan kerja seperti komputer riba kerana ketika ini ramai yang terpaksa bekerja dari rumah.

“Cara terakhir pula ialah dengan membeli barang peribadi yang bermanfaat sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Ia boleh digunakan dalam kadar atau amaun yang munasabah dan tidak membazir,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah satu cara untuk memberi motivasi kepada diri lebih-lebih lagi keadaan pandemik sekarang memberi banyak tekanan kepada semua orang.

10 perkara yang dilakukan dengan wang PENGELUARAN KHAS

1) Bayar hutang

2) Berniaga

3) Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

4) Beli barang keperluan pendidikan

5) Sediakan tabung kecemasan

6) Ambil kursus persediaan

7) Beli emas

8) Tampung kos sara hidup

9) Beli barang keperluan kerja

10) Beli barang peribadi

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Kosmo, Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here