20 Juta Rakyat Terima Manfaat, Kerajaan Bakal Tambah Dana Bantu Peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Seramai 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan telah menerima manfaat daripada lapan pakej bantuan yang disediakan kerajaan setakat 24 September lepas.

Sejumlah RM330 bilion dibelanjakan kerajaan untuk membantu orang ramai dan perniagaan terjejas sejak sejak pandemik Covid-19 melanda.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul  Aziz, berkata RM330 bilion atau 62 peratus daripada RM539 bilion sudah disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Beliau berkata kesemua pakej bantuan dan rangsangan ekonomi itu merangkum langkah fiskal dan bukan fiskal.

“Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk menangani krisis Covid-19, terutama dalam memenuhi keperluan sistem kesihatan awam, membantu rakyat yang terjejas dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata oleh kerana situasi Covid-19 bersifat dinamik, kerajaan sentiasa berwaspada dengan perkembangan semasa dan berdasarkan Belanjawan 2021, unjuran defisit adalah 5.4 peratus.

“Namun, kerajaan telah mengambil pendirian dasar fiskal yang mengembang dalam mengatasi krisis Covid-19. Oleh itu, defisit untuk tahun ini dijangka mencecah antara 6.5 hingga 7 peratus,” katanya.

Katanya, setakat 15 September, daripada RM332.5 bilion diperuntukkan bawah Belanjawan 2021, RM216 bilion atau lebih 66 peratus telah dibelanjakan seperti dirancang.

Bagi menangani krisis Covid-19, kerajaan telah membiayai langkah pakej rangsangan ekonomi melalui Kumpulan Wang Covid-19 (KWC).

Setakat pertengahan September 2021, nilai keseluruhan yang dibelanjakan di bawah KWC mencecah RM60 bilion atau lebih daripada 90 peratus siling semasa KWC bernilai RM65 bilion.

Beliau berkata, kerajaan juga akan membentangkan dalam dewan berkenaan bagi meningkatkan lagi had KWC daripada RM65 bilion kepada RM110 Bilion.

“Ia bertujuan membiayai bantuan dan sokongan tambahan bagi tahun ini dan selanjutnya.

Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM33 bilion sebagai bantuan tunai langsung kepada rakyat.

[Baca Juga Ramai Tak Tahu Hak Isteri Dalam Perniagaan, Berbeza Dengan Nafkah]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Kementerian Kewangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here