3 Cara Tangguh Bayar Hutang Sebelum Diisytiharkan ‘Bangkrap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Hutang yang tidak dibayar menyebabkan anda berisiko diisytiharkan sebagai bankrap atau muflis.

Sebelum anda diisytiharkan bankrap, anda sebenarnya berhak untuk memohon untuk menangguhkan bagi melangsaikan hutang dalam tempoh 90 hari.

Jom ikuti nasihat Peguam, Hafidzah Hassan ini.

“Tahukah anda selain AKPK yang bertindak sebagai agensi kawalan kredit yang mentadbirkan hutang anda, terdapat undang-undang baru di bawah Akta Insolvensi 2017.

“Akta Insolvensi 2017 ini memperuntukkan bahawa, sekiranya anda memfailkan satu permohonan perkiraan sukarela (untuk langsaikan hutang), mahkamah mesti memberikan kebenaran penangguhan selama 90 hari,” katanya.

Caranya:

1. Lantik nominee berdaftar (tak berdaftar tak boleh wakili anda, ada sijil nominee yang dikeluarkan oleh pengarah insolvensi)

2. Nominee anda akan failkan permohonan interim Voluntary Arrangement ini dan panggil pemiutang pemiutang untuk mesyuarat bagi membantu anda menyelesaikan hutang.

3. Mahkamah akan tetapkan pendengaran dan sekaligus menangguhkan sehingga 90 hari untuk beri peluang penyelesaian kepada anda.

Tapi lepas bankrap tak boleh ye. Kena buat sebelum bankrap. Semoga bermanfaat.

[Baca Juga Mohon Geran Mikro Graduan Dan Belia, Bantuan Niaga Hingga RM100,000]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: HafidzahHassan@hafidzahhassan1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here