3 Tabiat Orang Ramai Yang Berterusan Selepas Pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Perasan tak, sejak Pandemik Covid-19 ni melanda, banyak perkara atau tabiat kita yang sudah berubah.

Kalau dulu, kita suka ke pusat membeli belah tapi sekarang beli atas talian saja, kalau dulu suka makan luar, sekarang lebih suka masak sendiri. Malah ada yang dah selesa kerja dari rumah.

Anda rasa adakah tabiat baru ini akan berterusan atau anda akan ubah bila pandemik ini berakhir?

Niaga Kini nak kongsikan jangkaan Google mengenai tiga tabiat atau tingkahlaku yang akan berterusan selepas pandemik iaitu:

1. Membeli belah secara atas talian

Lebih ramai yang membeli belah secara atas talian. Di Asia Tenggara, 34% pengguna yang membeli di atas talian kali pertama pada tahun 2020 dan 94%  pengguna perkhidmatan digital baharu yang akan terus menggunakan perkhidmatan selepas pandemik.

Kajian Google juga mendapati ia lebih memudahkan, menjimatkan masa dan kos. 41% pembeli seronok membeli belah menerusi laman sesawang yang mudah dilayari dan maklumat produk yang jelas dalam bentuk gambar dan video.

Bagi pengalaman lebih baik, jenama perlu bina hubungan rapat dengan pelanggan. Pembeli mahu melihat kajian, menilai pilihan mereka dan membeli.

2. Belajar kemahiran baharu secara atas talian

Sejak dua tahun lepas, ramai yang mula belajar kemahiran baharu menerusi atas talian. Selepas pandemik bermula, terdapat 10% peningkatan di seluruh dunia yang mencari ‘how to’, iaitu mencari cara untuk meningkatkan kemahiran mereka sementara lebih banyak masa dihabiskan masa di rumah.

Kajian ke atas peserta juga mendapati, pembelajaran menerusi atas talian juga lebih menyeronokkan dan mereka mahu meneruskan selepas pandemik berakhir.

Mereka memilih TikTok, Instagram dan belajar membuat sesuatu menerusi YouTube.

3. Memasak di rumah

Ramai yang belajar memasak sejak pandemik seperti membuat roti atau menyediakan hidangan yang tular di rumah.

Selain menyeronokkan, ia juga lebih jimat kos. Pada tahun 2020, 47% daripada pembelian barang runcit Asia Tenggara adalah pembelian pertama di atas talian untuk pertama kali.

Sebagai usahawan, anda perlu bijak memainkan peranan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan berdasarkan tabiat ini berbanding mencipta tabiat baru untuk pelanggan yang mungkin memakan masa dan kos.

[Baca Juga Cara ‘Print’ Sijil Vaksinasi Rentas Negeri, Negara Di MySejahtera]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here