5 Sebab Kenapa 499 Perniagaan Sokong GST Dilaksanakan Semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menjelaskan sebanyak 499 perniagaan memberi sokongan padu kepada pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 2.0 sedia ada memandangkan GST dilihat menawarkan struktur cukai yang lebih adil dan menghapuskan cukai bertindih dan tambahan yang biasanya ada dalam rejim SST.

Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada antarabangsa berikutan GST tidak dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dibelanjakan ke atas input dapat diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan.

“Selain itu, memandangkan sistem asas cukai yang luas ini akan meningkatkan cukai tidak langsung, ia akan menawarkan fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai langsung (cukai pendapatan individu dan cukai korporat) untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan yang lebih menarik,”

Astro Awani juga melaporkan kerajaan kini menumpukan kepada pemulihan ekonomi, Soh berkata pengeluar perlu mengutamakan masa dan tenaga mereka untuk membangunkan semula perniagaan.

Oleh itu, pengenalan semula GST tidak sewajarnya dipertimbangkan secara berasingan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada penilaian holistik sistem cukai di Malaysia dan kedudukan fiskal negara.

“Walaupun pengenalan cukai penggunaan yang menyeluruh akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara, GST 2.0 harus mudah diuruskan, tetapi tidak meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan.

Berikutan perubahan dan peralihan kepada GST 2.0 berkemungkinan adalah mencabar, beliau berkata FMM menyeru kerajaan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan melalui proses semakan semula yang terperinci bagi memastikan kejayaan pelaksanaan cukai yang berkesan.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here