50% Pekerja Sektor F&B Berhenti, 3 Punca Utama Ramai Pilih Ekonomi GIG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sebelum ini Niaga Kini ada kongsikan mengenai kedai-kedai makan, restoran francais mahupun restoran mamak yang terpaksa memendekkan operasi perniagaan mereka berikutan kekurangan pekerja.

Difahamkan situasi ini berlaku disebabkan oleh 50 peratus pekerja terutama mereka yang dalam kategori pertama kali bekerja, memilih berhenti awal meskipun baru sahaja melaporkan diri.

Paling terkesan teruk adalah industri makanan dan minuman (F&B) dan beberapa sektor yang lain sekali gus dibimbangi menjejaskan prestasi pemulihan eko­nomi negara.

Menurut Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman,

“Pekerja kebiasannya berhenti setelah mendapat tahu bahawa kerja yang dimohon tidak sesuai atau suasana di tempat kerja tidak memenuhi cita rasa pekerja.

“Dalam keadaan sedemikian, pekerja berhenti dengan segera dan kebiasaannya sebelum mereka disahkan dalam jawatan itu,” 

APA MAJIKAN PERLU BUAT?

Syed Hussain menyarankan majikan untuk melakukan pelaburan dalam strategi bagi terus mengekalkan pekerja terutama mereka yang berbakat besar.

Katanya, ini kerana tempoh percubaan juga dapat membolehkan majikan itu untuk memberi latihan yang sesuai kepada pekerja yang baharu melaporkan diri.

“Sebagai contoh pelaburan dalam strategi adalah dengan (membuat) terma dan syarat perkhidmatan yang menarik dan standing dengan majikan terbaik untuk mengekalkan bakat dan memberi peluang yang lebih tinggi untuk pekerja meningkatkan serta menambah kemahiran.

KENAPA RAMAI PILIH EKONOMI GIG?

Terdapat majikan dalam sektor konvensional tidak mampu menawarkan fleksibiliti waktu bekerja kepada pekerja mereka seperti dalam ekonomi gig.

Masa depan ekonomi gig

Walau bagaimanapun, peluang-peluang yang tidak terbatas yang ada dalam ekonomi gig boleh digunakan untuk merancang program pekerjaan untuk membantu meningkatkan prospek belia dalam ekonomi moden.

Gig ini membantu orang muda mengembangkan kemahiran keusahawanan dan mempertahankan diri, memahami tujuan mereka, dan mencari pekerjaan yang bermakna.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here