6 Sebab Banyak Negara Maju Kenakan Caj Kesesakan, Bersediakah Kita Jika dilaksanakan Di Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sinar Harian melaporkan Pengenalan caj kesesakan dapat menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang ketika waktu puncak selain mengurangkan jumlah kereta persendirian yang memasuki kawasan bandar.

Timbalan Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (Mitrans) Universiti Teknologi Mara, Dr Shahrin Nasir berkata, kebanyakan negara-negara maju yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi sudah mengamalkan kadar caj itu bagi mengurangkan kenderaan di atas jalan raya.

“Kebiasaannya sistem pengangkutan awam mereka sangat efisien terutamanya daripada segi ketepatan masa dan kekerapan tren serta bas yang tiba kerana ketika waktu puncak jumlah penumpang sangat ramai.

Bernama melalui petikan Astro Awani pula menyatakan pengenalan ‘kadar harga jalan’ iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Ini berikutan pendekatan yang juga dikenali sebagai ‘caj kesesakan’ itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali.

Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.

Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.

Langkah itu termasuk mempersiapkan infrustruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.

“Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah ‘modal split’ atau ‘modal share’ iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.

“Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.

Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.

Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.

“Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10. tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  SINAR HARIAN, BERNAMA & ASTRO AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here