9 Kebenaran, Syarat Anda Patuh Sebelum Rentas Negeri Hari Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai yang dah tak sabar nak balik ke kampung atau bercuti selepas ia dibenarkan bermula hari ini.

Tapi jangan teruja sangat nak rentas negeri kalau anda tidak cukup syarat ditetapkan ini. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, memang tiada sekatan jalanraya tetapi anggota keselamatan mungkin membuat pemeriksaan rambang di RNR.

Cuba tengok dulu adakah anda cukup syarat di bawah:

1. Rentas negeri dibenarkan kepada individu lengkap vaksinasi berkuat kuasa pada 11 Oktober. Namun, tidak terpakai di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

2. Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak juga dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19.

3. Tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan bagi kelonggaran rentas negeri, khususnya negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

4. Ujian saringan COVID-19 tidak diwajibkan, tetapi digalakkan untuk tujuan rentas negeri termasuk balik kampung.

5. Tiada Sekatan Jalan Raya (SJR) khusus untuk tujuan rentas negeri, tetapi pihak polis boleh membuat pemeriksaan secara rawak termasuk di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).

6. Kerajaan setuju membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan, tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

7. Sempadan antarabangsa masih tidak dibuka kepada pelancong asing, kecuali kecemasan, perniagaan dan urusan rasmi.

8. Kerajaan belum menetapkan bila negara akan beralih kepada fasa endemik.

9. Kerajaan tidak akan menarik balik kebenaran rentas negeri meskipun berlaku peningkatan kes. Sebaliknya, penutupan bersasar akan dilakukan.

Jadi, berhati-hatilah. Jangan sampai tertangkap dan terpaksa membayar kompaun gara-gara tidak cukup syarat vaksin tu.

[Baca Juga MEDAC Sediakan Infografik Bantuan Mengikut Agensi: Lebih Jelas, Mudah Difahami]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sidang Media Khas Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here