Akaun ASNB Bakal Dinyahpaut Maybank2u, Apa Anda Perlu Buat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Maybank kini mengeluarkan peringatan kepada para pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), untuk pautkan kembali akaun ASNB pada Maybank2U selepas 18 Jun 2022.

Maybank mengatakan ini adalah selari dalam memberikan pengalaman perbankan yang ditambah-baik kepada para pengguna.

Pengguna boleh melihat kembali akaun ASNB mereka selepas pautkan ia pada Maybank2U atau juga turut melalui aplikasi MAE.

Selepas itu, pengguna boleh menyambung transaksi seperti biasa melibatkan ASNB.

Perkara ini boleh dilakukan dengan memilih “Wealth” dan seterusnya ASNB pada Maybank2U atau pada aplikasi MAE.

Pada masa yang sama, untuk makluman, ASNB sebelum ini telah menyatakan mereka akan melakukan naik-taraf sistem bermula 4 hingga 7 Jun 2022 – dan akan tangguhkan semua perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Info Malaysia Kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here