Akaun Tweetfamous Disekat, 4 Polisi Twitter Yang Anda Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Hari ini ramai yang panik bila banyak akaun Twitter tweetfamous kena sekat gara-gara  didakwa kerap buat perkhidmatan tweet berbayar.

Rupanya memang menjadi polisi Twitter tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan yang mendatangkan keuntungan termasuk mempromosikan produk.

Banyak lagi polisi Twitter ni sebenarnya yang kita tidak sedar seperti menjual atau membeli pengikut atau penglibatan (tweet semula, likes, mention, undian tinjauan pendapat twitter)

[Baca Juga Ramai Kecewa Bayaran i-Citra November Lambat Masuk, Ini Penjelasan KWSP]

Twitter juga tidak membenarkan anda berdagang atau menyelaras untuk bertukar pengikut atau penglibatan tweet. Malah pengguna juga tidak dibenarkan tweet semula.

Twitter juga boleh mengesan pengguna yang menerima bayaran untuk tweet semula sesuatu perkara terutama yang ada promosi produk.

Jadi, kena berhati-hati bila nak buat tweet berbayar dan pastikan anda bijak mengelakkan supaya akaun anda tidak digantung.

Peniaga yang banyak menggunakan Twitter untuk berniaga memang susah hendak mempromosikan produk selepas ini.

Pengguna Twitter, Zamir Mohyedin berkata akaun digantung mungkin sebab hakcipta.

“Kalau baca peraturan Twitter, akaun kena gantung adalah akaun yang ciap video dari luar yang ada latar muzik (macam Tiktok), video keganasan, video kemalangan, dsb. Aku rasa elok kalau takyah ciap video orang, vidoe sendiri takpa,” katanya.

Xavier Naxa, berkata perkara yang perlu dielakkan adalah berkongsi video TikTok yang mempunyai muzik latar.

“Ramai pengguna Twitter akan disekat atas faktor hak cipta. Maka elak berkongsi video TikTok walaupun kandungan berbentuk ilmiah,” katanya.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here