Amalan Pagi Sebelum Mula Berniaga Untuk Peniaga Power

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sebagai seorang peniaga, pastinya anda mengharapkan setiap hari akan mendapat keuntungan yang banyak bukan?

Namun dalam mengejar keuntungan, kebanyakkan  peniaga selalu teresa-gesa hingga meninggalkan pelbagai perkara penting.

Walhal perkara-perkara ini mungkin bakal mempengaruhi keadaan peniaga pada hari tersebut.

Jadi, Niaga Kini ingin berkongsi dengan anda rutin yang boleh anda jadikan tabiat untuk menjadi peniaga yang berjaya bermula dari  sebelum dan ketika bangun dari tidur.

[BACA: Tarikh Semakan Geran Khas Prihatin 2.0, Bayaran Dikredit 30 November Ini]

[1] Merancang Aktiviti Hari Anda

Malam sebelum tidur, pastikan anda merancang aktiviti yang bakal anda lakukan untuk memastikan setiap masa digunakan sebaiknya.

Contoh, mungkin esok selepas berniaga anda nak berjumpa dengan pembekal mahupun menghantar barang kepada customers, jadi perancangan aktiviti ini pasti akan memudahkan urusan anda serta melancarkan lagi perjalanan perniagaan.

[2] Reflek Diri Tentang Tujuan Berniaga

Cuba tarik nafas dan ambil sedikit masa untuk mengingatkan diri anda tentang matlamat anda berniaga.
Fokus tentang apa yang anda dah capai pada hari ini dan apa yang anda ingin capai pada keesokan harinya.
Set target anda, jika hari ini produk anda berjaya jual 10 kotak, esok anda ingin menjualkan 15 kotak.
Ataupun anda ingin meningkatkan kepuasan pelanggan, anda nak berikan freegift atau melayan segala kerenah mereka dengan lebih baik.

[3] Banyakkan Amalan Sunat

Sebagai manusia, kita akui kadang-kadang kita juga terleka dan alpa. Dalam kesibukan harian, kebanyakkan masa kita habiskan dengan mencari keuntungan dunia namun terlupa keuntungan akhirat.

Sebenarnya, jika anda nak rezeki anda semakin banyak, biasakan diri anda bangun awal setiap pagi, mandi pagi, solat dhuha, baca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Mungkin nampak macam klise kan? Namun itulah rahsianya untuk berjaya, kita susah nak buat mungkin sebab kita terlalu ego nak mengakui kebenaran dalam setiap suruhan-Nya.

Sedangkan masyarat cina pun mengakui bahawa mereka bangun awal pagi untuk murah rezeki & mendapat keuntungan berniaga.

[BACA: Cara Mohon Lesen Perniagaan Sementara Percuma November 2020]

[4] Makan Sebelum Berniaga

Sebagai seorang peniaga, pastinya anda sibuk ke sana kemari mahupun ketika melayan pelanggan.

Tapi jangan terlupa untuk makan sebelum berniaga, untuk memastikan tubuh anda terfungsi dengan baik, ia memerlukan tenaga.

Jadi pastikan anda mengambil sarapan pagi yang berkhasiat, bukan sekadar minum secawan teh tarik mahupun kopi.

Malah kajian turut membuktikan bahawa sarapan pagi sangat penting untuk tubuh, jangan abaikan amalan ini hingga memudaratkan kesihatan diri.

Kalau dah sakit nanti macam mana nak cari rezeki?

[5] Redha & Bersyukur

Sebelum berniaga mulakan niat, niatkan juga dalam jiwa bahawa anda berniaga untuk memudahkan serta memberi manfaat kepada orang lain.

Apa pun keuntungan hari ini, anda kena redha dan itulah rezeki anda untuk hari tersebut.

Sekirannya keuntungan anda tak seberapa hari itu, tetaplah bersyukur kerana mungkin ada rezeki yang lebih baik selepas ini.

InsyaAllah.

[BACA: Keluar Akaun 1 Sehingga RM10K, Ini Syarat-Syarat Permohonan i-Sinar]

Semoga perkongsin ikhlas dari Niaga Kini akan membantu mempermudahkan urusan perniagaan anda hari ini.

Kongsikan info bermanfaat ini bersama keluarga dan rakan-rakan terutamanya mereka yang memerlukan terutamanya para peniaga yang berjuang menghadapi dugaan COVID-19 ini

Pastikan anda kongsikan juga di semua platform sosial, moga perkongsian anda ini akan membantu dan mempermudahkan urusan orang lain.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banya info menarik mengenai perniagaan, bantuan, isu semasa, kerjaya & keusahawanan.

[BACA: Permohonan Bantuan Makanan B40 Selepas Moratorium]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here