Senarai Kumpulan Pendapatan Terkini B40, M40, T20 Ikut Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Selalu orang sebut B40, M40 dan T20 dan terbaharu B50. Adakah anda tahu anda dalam kumpulan mana satu?

Berdasarkan jadual pecahan pendapatan terkini, anda boleh menentukan sama ada anda berada dalam kumpulan pendapatan B40, M40 atau T20 mengikut negeri masing-masing.

Pendapatan yang dimaksudkan bukan pendapatan anda seorang tetapi seluruh isi rumah yang bekerja di dalam satu rumah.

Kalau suami isteri, dikira semua jumlah pendapatan yang dapat dalam sebulan.

Setiap negeri memiliki had pendapatan ditetapkan seperti di dalam jadual ini. B40 di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sama dengan had pendapatan B40 di negeri seperti Perlis dan Pulau Pinang.

Berikutan itu, ramai yang mendapati mereka mungkin berada dalam kumpulan T20 di beberapa buah negeri tetapi menjadi kumpulan B40 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ramai yang jatuh ke kumpulan lebih rendah pendapatannya berbanding sebelum Covid-19.

Kalau dulu berada di T20, kini mereka berada di M40 malah ada yang ke B40 terus. Lebih malang ramai juga dalam kalangan kumpulan B40 jatuh ke B50 iaitu lebih rendah pendapatan daripada B40.

Sebenarnya penting untuk anda tahu anda berada dalam kumpulan mana bagi memastikan anda tidak keciciran dalam mendapatkan bantuan kerajaan yang sedang berusaha merapatkan jurang pendapatan ini.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here