Apa Beza Rebat Dan Pelepasan Cukai, Siapa Dapat Untung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Kita selalu dengar perkataan tax relief dan tax rebate tapi apa maknanya mungkin ramai tak berapa pasti.

Niaga Kini nak kongsi pengetahuan mengenai perbezaan dua perkataan ini berdasarkan perkongsian ciapan TWT Bajet.

Makna tax relief:

Menurut TWT Bajet, Tax relief adalah pengurangan nilai pendapatan yang kena cukai.

Contohnya:

Pendapatan tahunan anda RM50k.

Selepas tolak semua tax relief (beli laptop, SSPN etc.), jadi tinggal RM40k sahaja.

Jadi anda akan dicukai berdasarkan RM40k sahaja.

[Baca Juga 4 Jenis Pelepasan Cukai LHDN 2021 Untuk e-Filing 2022]

Makna tax rebate:

Jika lepas kira pendapatan tahunan RM40K, anggaran cukai anda adalah RM1200.

Tapi anda dah bayar zakat sebanyak RM1k, jadi anda hanya perlu bayar RM200 sahaja cukai.

Kebiasaannya syarikat atau majikan ada buat potongan cukai bulanan (PCB), jadi anda akan dapat balik PCB tu.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan

Sumber: Twt_Bajet@twt_bajet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here