Bajet 2022: Senarai Bantuan Bumiputera Yang Boleh Dimohon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sebanyak RM11.4 bilion diperuntukan dalam Bajet 2022 bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

Niaga Kini menyenaraikan bentuk bantuan khas untuk Bumiputera seperti dibentangkan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

[Baca Juga iSuri KWSP: Bantuan RM480 Setahun Buat Suri Rumah, Ketahui Syarat Dan Cara Memohonnya]

1. Pendidikan:

RM6.6 bilion diperuntukkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), UiTM dan Yayasan Peneraju untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma selain usaha melahirkan profesional di bidang perubatan, kejuruteraan serta kewangan.

2. Perniagaan:

i. Program peningkatan kapasiti & pembiayaan perniagaan

Sejumlah RM4.8 bilion untuk melaksanakan program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan.

Agensi terbabit adalah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Tekun Nasional (Tekun) dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

ii. Potongan cukai dua kali dan dilanjutkan 5 tahun sehingga 2025

Sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor bumiputera tempatan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga RM300,000 kepada sehingga RM500,000.

Tempoh lanjutan cukai itu juga dilanjutkan bagi tempoh lima tahun sehingga 31 Disember 2025.

iii. Program pemecut khusus untuk kontraktor belia G1 hingga G3

Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan program pemecut atau ‘accelerator programme’ khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan ‘on-the-job training’ dengan peruntukan RM10 juta.

Permohonan bagi semua bantuan ini boleh dibuat menerusi agensi terbabit.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Bajet 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here