Banggakah Malaysia, Bangunan Tinggi Tapi Gaji Paling Rendah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Bangunan tinggi mencakar langit menjadi kebanggaan sesebuah negara kerana ia adalah lambang kemajuan ekonominya.

Namun, semua bangunan mercu tanda itu tidak bererti apabila disebaliknya masih ramai rakyat hidup tertekan dan melarat.

Inilah hakikat yang perlu diterima apabila paparan satu lagi pencakar langit, Merdeka 118 hampir siap sepenuhnya semalam, mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat di negara ini.

[Baca Juga Pekerja 4 Sektor Ini Bakal Terima Gaji, Bonus Lebih Tinggi Tahun Depan]

Kebanyakannya mempersoalkan fungsi pembinaan pelbagai pencakar langit yang menjadi ikon di negara ini tetapi nasib rakyat masih tidak berubah malah semakin tertekan dengan keadaan ekonomi hari ini.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tangga gaji yang masih rendah dalam kalangan pekerja.

Pengguna Twitter, SyedAkramin, di sebalik setiap bangunan tinggi di Malaysia, ada rakyat yang masih hidup susah.

“Ada ramai engineer dibayar kurang dari RM1,800, ada ramai pekerja tak mampu beli rumah sendiri dan ramai pekerja tidak disambung kontrak apabila projek sudah siap. Semuanya rakyat tempatan. Jadi, apa yang hendak dibanggakan?” katanya.

Gaji minima turut mengundang pertanyaan azrul@azrulasma, “Bangunan berlumba nak tinggi, gaji minimum nak terpaling rendah,” ciapnya.

Sementara itu, seorang jurutera menerusi ciapannya,  Leh@LehSollehuddin, berkata gaji yang diterimanya 10 tahun lepas masih tidak berubah sehingga kini.

“10 tahun lepas aku jadi enginner pun dia bagi starting lebih kurang 2.5K…..tu pun rasa macam sikit. Tak sangka macam tak berubah ja kadar gaji macam 10 tahun lepas,” katanya.

AbangJnT@Hasiflah pula merasakan rakyat akan bangga jika tidak sengsara.

“Orang akan lebih bangga kalau rakyat tak sengsara dan gaya hidup selesa,” katanya.

Bagaimanapun ada juga yang berpendapat sebaliknya. Bangunan pencakar langit seperti Merdeka 118 akan merangsang pertumbuhan dan merancakkan aktiviti ekonomi negara.

Pandangan berbeza

“Ada dua pandangan. Bangunan Merdeka 118 memang hakikatnya akan merangsang pertumbuhan dan merancakkan ekonomi. Malah ia adalah salah satu cara untuk pelaburan yang akan menjana pendapatan untuk negara. Saya berpendapat, kita perlu atasi bagaimana pendapatannya boleh diagihkan,” kata Selvan Ramasamy.

Sharil Arshad@shvhrltu pula berpendapat ia bukan salah kerajaan jika gaji masih rendah.

“Salah majikan yang offer gaji macam tu,” katanya.

Jadi, apa pula pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter Roman Akramovich@SyedAkramin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here