Bantu PKS ‘Berjuang’ Hadapi Norma Baharu, UNIFI Tawar Iklan TV Percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Berita baik buat  perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan apabila UNIFI menawarkan inisiatif khas di mana mereka memberikan iklan TV secara percuma dan perkongsian strategik menerusi unifi Business Club (uBC) bermula 15 Ogos ini.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Azmi Abdullah yang merupakan Ketua Segmen PKS di unifi berkata inisiatif yang disediakan secara eksklusif kepada pelanggan perniagaan itu bertujuan membantu PKS mendapatkan semula momentum perniagaan mereka agar dapat beroperasi dengan lebih efisien dalam normal baharu.

“Ini merupakan peluang terbaik kepada PKS tempatan untuk menempah slot waktu perdana di saluran yang paling banyak ditonton dan mengiklankan perniagaan mereka kepada sebahagian besar pelanggan unifi TV.

Tambahnya lagi,

“Kami harap penyelesaian ini dapat membantu perniagaan berkembang, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Azmi turut menjelaskan bahawa selain iklan TV percuma, pelanggan turut menerima akses serta bantuan pakar untuk pemasaran dan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alat pengurusan sumber insan dan program penglibatan komuniti yang disusun khas untuk keperluan perniagaan.

“Semua peralatan penting ini boleh diakses melalui portal uBC yang mana pelanggan akan menemui halaman SME Sama-Sama yang disasarkan untuk pelancaran pada Ogos ini.

“Laman tersebut bertindak sebagai pengumpul kandungan termasuk webinar perniagaan, rancangan bual bicara, sembang secara langsung, acara, petua perniagaan dan rencana berkaitan,” katanya.

uBC merupakan sebuah komuniti semua dalam satu yang menempatkan segala kemudahan diperlukan oleh usahawan untuk berkembang.

Ia baru sahaja diperkenalkan pada bulan ini berikutan peningkatan PKS yang berpindah masuk ke pasaran digital akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here