Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Sehingga 24 Bulan Golongan B50, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

URUS Bantu Golongan B50, B40 Terjejas Bayar Balik Pinjaman

Golongan peminjam B50 yang terjejas akan menerima bantuan bayaran balik pinjaman menerusi Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dalam masa terdekat.

URUS akan dilaksanakan oleh sektor perbankan yang turut merangkumi peminjam B40 iaitu mereka yang berpendapatan kasar kurang daripada RM5880 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan ditawarkan adalah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Program URUS dirangka oleh sektor perbankan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Butiran selanjutnya mengenai program URUS akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, baru-baru ini.

[Baca Juga Dah Boleh Rentas Negara, 6 Cara Mudah ‘Renew’ Passport Online Share]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MEDAC via Kenyataan Media, Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here