Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak 940 permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) berjumlah sehingga RM503.04 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diluluskan oleh SME Bank.
Bank berkenaan turut memproses sebanyak 15 permohonan AgroMakanan (AF) bernilai RM7.83 juta selain dari SRF.
SME Bank menambah lagi,
“Ini merupakan antara dana yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu usahawan terjejas akibat koronavirus (Covid-19) di samping Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) serta Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) yang turut ditawarkan oleh SME Ban,”
Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME berkata, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), SME Bank telah diberi kepercayaan untuk menguruskan dua dana penting dalam usaha menyokong kelangsungan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan.
“Kami telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.6 bilion untuk Skim SME Go dan RM500 juta bagi Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF),” katanya.
Sumber: Sinar Harian