Bantuan ‘One Off’ Tak Cukup, Kerajaan Beri Bantuan, Modal Buka Perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai peniaga teruja mendengar kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemberian bantuan atau modal kepada peniaga untuk memulakan perniagaan, dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Inilah yang ditunggu-tunggu kebanyakan peniaga selepas terkesan teruk akibat PKP yang menyebabkan perniagaan masing-masing lumpuh.

 Ismail berkata, bantuan ‘one-off’ yang diberikan kepada peniaga sebelum ini tidak mencukupi untuk meneruskan perniagaan. Malah ada yang terpaksa menggunakannya untuk menampung pembayaran sewa dan gaji pekerja.

“Apabila ekonomi semakin dibuka, banyak syarikat perniagaan terutama mikro telah menutup perniagaan.

“Mereka perlu modal untuk ‘startup’ bisnes. Jadi saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan untuk lihat perkara ini supaya kerajaan boleh memberikan bantuan serta modal memulakan perniagaan semula.

“Cuma sekarang ini tengah bincang mekanisme sama ada tidak perlu bayar, moratorium untuk membayar ‘principal’atau ‘interest’, mereka sedang mengkaji berapa persen untuk beri ‘interest’ supaya apabila kita beri tentu saja mereka boleh memulakan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata sedang berbincang dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pemberian bantuan atau modal kepada.

Semoga ada berita baik untuk peniaga tidak lama lagi. Memang bantuan itu amat diharapkan mereka.

[Baca Juga Biar Betul? Ini Rahsia 3 Legenda Jenama Hebat Kuasai Pemasaran]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here