Bantuan RM600 Setiap Pekerja, Ini Cara Permohonan & Semakan Subsidi Upah 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Seperti yang dikongsikan sebelum ini Oleh Niaga Kini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk perangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan memahami semua jenis  perniagaan menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam  menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[BACA: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP 2021]

Sehubungan itu, beliau berkata pihak kerajaan akan berusaha mengurangkan beban yang  ditanggung oleh sektor perniagaan menerusi beberapa langkah di bawah matlamat menyokong kelangsungan  perniagaan dalam pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (Permai).

Antara bantuan yang diberikan adalah Program Subsidi Upah 3.0.

Menurut Perdana Menteri, Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)  akan ditambah baik yang mana semua majikan yang  beroperasi dalam PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.

Kata beliau, untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 setiap pekerja mereka yang  bergaji kurang dari RM4,000.

“Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap  permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja. Inisiatif ini  melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion yang dianggar  akan memanfaatkan 250,000 majikan yang menggaji lebih daripada 2.6  juta pekerja,”

PERMAI: Program Subsidi Upah 3.0

PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Syarat Kelayakan & Faedah Program Subsidi Upah 3.0

Untuk makluman, beberapa syarat tambahan telah diletakkan bagi Program Subsidi Upah 3.0 / PSU PERMAI iaitu:

  • PSU PERMAI dibuka untuk semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP
  • Untuk syarat kelayakan majikan, sila rujuk jadual di bawah
psu 3.0 permai

Berikut adalah syarat kelayakan dan faedah PSU 3.0 yang diumumkan oleh PERKESO.

Cara Permohonan Program Subsidi Upah 3.0

Untuk memohon, sila ikuti langkah berikut:

  1. Permohonan PSU 3.0 / PSU PERMAI boleh dikemukakan secara online di Portal PRIHATIN di https://prihatin.perkeso.gov.my.
  2. Dokumen yang diperlukan adalah:
    • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
    • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
    • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
    • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
    • Akuan Pengisytiharan PSU3.0.
      • *Akuan Pengisytiharan PSU3.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.
  3. Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  4. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Tarikh Permohonan Program Subsidi Upah 3.0

PSU 3.0 PERMAI akan mula berkuatkuasa pada 19 Januari 2021.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021

[BACA:Bayaran BPN 2.0 Telah Dikreditkan, Ini Cara Untuk Semak Kelulusan]

Kongsikan info bermanfaat ini di semua platform sosial anda agar lebih ramai tahu tentang bantuan zakat ini.

Moga perkongsian anda akan membantu mempermudahkan urusan orang lain dan menjadi lubuk pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

[BACA: Mohon 16 Bantuan Khas Kerajaan Untuk Bantu Rakyat]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here