Banyak Industri Kurang Tenaga Kerja, 4 Sebab Anak Muda Pilih Bekerja Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tinjauan Niaga Kini mendapati beberapa sektor terutamanya perniagaan, perindustrian dan perhotelan terjejas berikutan kekurangan tenaga kerja.

Baru-baru ini Niaga Kini juga difahamkan isu ini turut memberi kesan kepada ladang ternakan ayam dan restoran mamak 24 jam.

Ada restoran mamak yang terpaksa menghentikan operasi kurang dari 16 jam hanya kerana kekurangan pekerja.

Sebenarnya, pelbagai inisiatif dan insentif diberikan kerajaan kepada majikan serta pencari kerja khususnya belia tetapi isu itu semakin kritikal.

2,000 restoran mamak tutup

“Teknologi menyebabkan cara berfikir belia berubah. Begitu juga, teknologi turut mengubah cara bekerja dan kehidupan generasi muda kita.

“Malangnya, budaya dan cara mengurus sumber manusia di tempat kerja tidak berubah. Majikan perlu segera memandang serius trend ‘Perkongsian Strategik’ antara belia dan dewasa atau dikenali sebagai Youth-Adult Partnerhsip (Y-AP).

“Perkongsian belia dan dewasa yang strategik merujuk kepada simbiosis kerja antara golongan muda dan rakan sejawat dewasa mereka dalam organisasi,”

Work Internet Office Man GIFs - Get the best GIF on GIPHY

Beliau berkata, semakin kerap majikan menjatuhkan hukuman dan melabel golongan belia memilih kerja, malas, tidak kompeten dan sebagainya, maka semakin membesarlah jurang anak muda untuk tidak mempercayai golongan dewasa di tempat kerja.

ketika Malaysia terus menjadi sebuah negara yang lebih muda dengan populasi belia yang ketara, pengamal sumber manusia di industri perlu menyedari bahawa tenaga kerja kalangan belia akan semakin mengambil peranan yang lebih bermakna dalam organisasi sebagai pemimpin bersama orang dewasa.

“Justeru, PKPB menyeru kepada pihak majikan, pengamal sumber manusia, pakar pembangunan belia, penggubal dasar untuk memahami cara berbeza yang mana golongan belia dan dewasa dalam tetapan organisasi boleh mengoptimumkan hubungan mereka untuk kesejahteraan organisasi yang akhirnya memberi manfaat besar kepada ekonomi negara serta sosial masyarakat.

“Sudah tiba masanya, program-program pembangunan sumber manusia turut disekalikan dengan pembangunan positif belia jika kita ingin melihat bakat tempatan mengisi pelbagai kekosongan jawatan di semua sektor perindustrian.

KENAPA RAMAI ANAK MUDA PILIH KERJA SENDIRI?

#1.  Kebebasan Terjamin

‘Boleh buat apa sahaja’. Ini antara sebab utama ramai yang memilih untuk bekerja sendiri di rumah. Anda sudah pasti bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada majikan.

Ingin bercuti, nak melancong mahupun pergi ke mana-mana sahaja, tiada siapa yang akan menghalang anda.

Im Working On It GIFs - Get the best GIF on GIPHY

#2.  Masa Fleksibel

Sudah semestinya waktu bekerja sendiri di rumah lebih fleksibel dan amat memudahkan. Tiada lagi fix hour, malah anda sendiri boleh mengatur waktu bekerja mengikut kesesuaian serta kemahuan.

Internet stop working GIF on GIFER - by Windfang

Asalkan kerja siap, semua pun boleh.

#3.  Apa Yang Anda Usahakan. Anda Dapat Semuanya

Apabila segala kerja yang anda usahakan membuahkan hasil, pasti ganjarannya anda yang akan dapat. Anda boleh membelanjakan hasil tersebut sepuas-puasnya. Anda tidak perlu lagi untuk menanggung hutang atau menunggu gaji masuk setiap bulan ke dalam akaun anda

#4.  Tiada Kesesakan Lalu Lintas

Ya, sudah pasti anda tidak akan lagi berhadapan dengan kesulitan di atas jalan raya. Anda tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya, malas anda akan lebih bersemangat setiap kali bangung daripada tidur waktu pagi.

Traffic Jam Road Rage GIF - Traffic Jam Road Rage Driving Crazy - Discover  & Share GIFs

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Info Kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here