Barangan Runcit B40 Bakal Cecah RM600 Sebulan? Ini 4 Puncanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Masih belum habis mengenai isu kenaikan harga, bukan sekadar bahan mentah malah pelbaai sektor perniagaan mula dilihat menaikan harga perkhidmatan dan produk mereka.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa harga barang keperluan dijangka naik sehingga 60 peratus.

Laporan daripada beberapa peniaga mendakwa harga barangan runcit mengalami kenaikan yang melibatkan produk keperluan harian.

Mengikut situasi ini, perbelanjaan runcit di negara kini dijangka mampu mencapai sehingga RM600 sebulan.

ODISI dalam laporan mereka menyatakan perbelanjaan runcit ini adalah mengikut perkiraan bagi kalangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40).

Ia menerusi tinjauan Hargapedia di mana kos paling rendah yang dikira adalah pengguna akan berbelanja sekurang-kurangnya RM400 sebulan untuk barangan runcit, itu pun nilainya masih tinggi untuk B40.

Malahan purata perbelanjaan tersebut hanya melibatkan pembelian keperluan sahaja, tidak termasuk kos perbelanjaan luar.

“Apabila kita bercakap tentang perbelanjaan, purata kos runcit sebulan menjadi RM600. Ini tidak termasuk kos makan di luar.

“Kos paling rendah walaupun anda berjimat mungkin kira-kira RM400,” kata CEO Hargapedia, CK Soon.

Menurutnya, produk seperti minyak masak mengalami kenaikan harga tertinggi iaitu hampir 100% ketika ini berbanding sebelum pandemik.

Selain barangan runcit tempatan, kenaikan kos juga boleh berlaku pada produk yang diimport – peningkatan harga ini adalah diluar kawalan pentadbiran negara. Justeru, pengguna terpaksa memikul beban kenaikan harga tersebut.

Kata Soon, terdapat dua trend yang akan berterusan di Malaysia sehingga harga minyak stabil.

Pertama adalah inflasi, yang berlaku bukan sahaja di Malaysia dan satu lagi adalah “shrinkflation”. Ia bermaksud syarikat mengurangkan saiz produknya disebabkan peningkatan kos.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Info Malaysia Kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here