Bayaran Bantuan Covid-19 (BKC) Fasa 2 Mulai Esok,25 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp


Golongan miskin tegar dan kehilangan pendapatan boleh bakal menerima bayaran Bantuan Covid-19 (BKC) Fasa 2, mulai esok.

Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500).

[Baca Juga Mohon Bantuan One Off RM300 Penjaja, Peniaga Kecil November-Disember 2021]

Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200).

Manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata, bayaran kedua itu membabitkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC https://bkc.hasil.gov.my.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here