Betul Ke Harga Kawalan Bagus Untuk Pengguna Tapi Rugikan Negara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dah cukup penat nak komplen pasal harga barang makanan ni. Jarang dengar harga turun sebaliknya naik memanjang.

Memang harga barang sekarang cukup menekankan bagi kebanyakan orang terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Niaga Kini nak kongsi pandangan seorang  penulis bebas dikenali sebagai Penulis Bebas, Wai Tee menerusi Sinar Harian.

Harga kawalan

Wai Tee berkata, kawalan harga harga mungkin bagus untuk pengguna tetapi tidak untuk industri dan negara.

“Ia adalah jalan pintas tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Itu adalah jalan pintas tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kawalan Industri boleh lumpuh jika pengusaha mendapati keuntungan mereka dihadkan. Malah mereka boleh sahaja mengeksport produk atau pindah operasi ke negara lain. Kawalan harga juga boleh meningkatkan kes penyeludupan.

“Akhirnya negara mengalami kerugian dan hilang pendapatan serta rakyat hilang pekerjaan. Harga barang dalam pasaran bebas ditentukan berdasarkan penawaran (bekalan) dan permintaan,” katanya.

Katanya pasaran mestilah dibiarkan untuk menyelaras harga barangan dalam pasaran. Kenaikan selalunya bersifat sementara dan bila bekalan kembali pulih atau permintaan berkurangan disebabkan pengguna beralih produk alternatif akan menyelaraskan harga di pasaran.

Petrol naik, barang naik hanya mitos?

Ketika PKP tahun 2020, minyak setong dan harga RON95 dan diesel turun serendah RM1.25 seliter, harga barang tetap pada harga ketika petrol mencanak.

“Mitos sudah jadi kepercayaan! Ia akan digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk naikkan harga barang. Benarlah bidalan orang tua-tua, hanya hujan sahaja yang turun, lain semua naik.

“Setiap barang mempunyai komponen untuk dihasilkan atau dikeluarkan. Semuanya memerlukan kos. Nelayan tangkap ikan perlu isi diesel untuk bot atau kapal ke laut,” katanya.

Semua itu adalah komponen kos yang menentukan harga kepada peniaga dan akhirnya kepada pengguna.

Harga segelas teh tarik mengambilkira kos air, gas memasak, teh, susu, gula, gaji pekerja dan sewa kedai.

Upah, gaji, pengangkutan

Satu komponen kos yang mesti ada dalam setiap industri adalah pekerja – mahir dan kurang mahir yang perlu dibayar upah atau gaji.

Semakin ramai pekerja mahir, semakin tinggi komponen upah yang akan dimasukkan ke dalam kos pengeluaran yang kemudiannya diterjemahkan kepada harga jualan yang harus dibayar oleh pengguna.

Satu lagi komponen utama adalah kos pengangkutan dari pusat pengeluaran ke pusat penjualan dan di sinilah harga petrol dan diesel mempengaruhi harga di pasaran.

“Kos akan meningkat jika bahan mentah, peralatan, bahan makanan ternakan, vitamin dan ubat-ubatan adalah daripada sumber import. Bekalan yang berkurangan dalam dunia dan tukaran mata wang asing boleh memberi kesan kepada harga bahan mentah.

“Kes bekalan dan harga soya dan jagung yang digunakan dalam makanan ayam, vitamin dan ubat-ubatan yang meningkat baru-baru ini merupakan kes klasik bagaimana bahan mentah boleh memberi kesan kepada harga ayam di pasaran,” katanya.

Cuaca dan penyakit turut mempengaruhi harga jualan. Musim tengkujuh akan mengurangkan bekalan hasil laut yang memberi kesan kepada harga kerana nelayan tidak dapat turun ke laut.

Musim hujan dan sejuk yang mempengaruhi hasil tanaman dan pembesaran ayam juga akan memberi kesan kepada bekalan yang kemudiannya mempengaruhi harga jualan.

Peranan pengguna

Pengguna memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pasaran dan harga. Ketaksuban pengguna kepada sesuatu jenama, barang dan premis boleh menyebabkan harga dieksploitasi oleh sesebuah jenama dan premis.

“Pengguna sebenarnya memiliki banyak pilihan dan seharusnya melaksanakan hak mutlak mereka mengekplorasi setiap alternatif yang ada demi kebaikan diri dan ekonomi mereka.

“Akan ada situasi di mana pengguna harus mengurangkan cita rasa sehingga  keadaan kembali normal. Sedikit pengorbanan demi kebaikan jangka panjang adalah penyelesaian sementara yang diperlukan,”katanya.

Pilihan boleh dalam bentuk barang yang serupa tetapi jenama yang lain atau membeli di premis lain. Pengguna harus fleksibel dan tidak mementingkan cara mereka sahaja. Amat ironi bila pengguna rela menjadi pejuang kepada peniaga yang berkeras mengekalkan margin keuntungan mereka.

“Yang kita perlukan bukan harga kawalan, tetapi harga terkawal yang menguntungkan pengguna dan semua rantaian bekalan.

“Selagi pengguna tidak mahu memahami dan sesuaikan cita rasa dalam situasi yang memerlukan, isu harga barang akan sentiasa berulang walau kerajaan bertukar tiap tahun jika pengguna dan peniaga tidak bekerjasama. Itulah pengalaman penulis yang telah melalui perubahan kerajaan beberapa kali sejak 2018,”katanya.

Kita sebagai pengguna harus bijak memilih barang yang berkualiti dan sesuai dengan harganya.

[Baca Juga 3 Cara Tangguh Bayar Hutang Sebelum Diisytiharkan ‘Bangkrap’]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sinar Harian/Penulis bebas,WAI TEE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here