BKSS Penjaja 8.0: Bantuan Geran & Wang RM1000 Telah Dikreditkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk anda yang belum tahu, BKSS Penjaja 8.0 adalah geran bantuan secara one-off untuk peniaga kecil yang berkelayakan. Penerima bakal dapat RM1000 untuk membantu anda dalam perniagaan.

Apa Itu BKSS Penjaja?

Seperti yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg, terdapat 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan “Socio-Economic Recovery Rakyat” dengan perbelanjaan RM285.47 juta pada Jumaat, 28 Januari 2022.

Salah satu inisiatif dalam BKSS 8.0 ialah bantuan kepada penjaja/peniaga kecil iaitu Pemberian Bantuan Tunai Sekaligus berjumlah RM1000.

Di sini kami berkongsi maklumat lanjut tentang bantuan ini.

Apakah Geran Peniaga / Penjaja BKSS 8.0?

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terjejas oleh PKP semasa tempoh pandemik.

7 Bantuan BKSS 8.0 (2022)

  • Diskaun bil elektrik
  • Diskaun bil air
  • Diskaun Sewa 50% Skim Perumahan Perbadanan Kemajuan Perumahan Sarawak (HDC).
  • Pengecualian Bayaran Sewa kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun Negeri & GLC
  • Diskaun 50% untuk Sewa Pasaran & Kedai
  • Insentif sekali sahaja kepada
    Usahawan, pelombong, pengusaha van
    Pemandu teksi
    Pengusaha van dan bas sekolah di Sarawak
  • GERAN ONE-OFF KEPADA PENIAGA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY

Syarat kelayakan

Antara syarat kelayakan ialah penjaga tidak berlesen dan peniaga kecil mestilah dalam kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri ini berumur 18 tahun ke atas.

Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan maklumat mereka terus daripada sistem pelesenan sedia ada.

Pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Kedai makanan;
  • Pasar;
  • Kedai kampung / kedai terpencil;
  • Tukang gunting rambut / salun rambut;
  • Kantin (pemilik individu)

Rakyat Sarawak digesa memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat bagi memudahkan proses saluran bantuan.

Kadar Bayaran Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0

Penerima akan dibayar RM1,000 sekali sahaja melalui SarawakPay.

Tarikh pembayaran

Baru-baru ini, difahamkan beberapa pengguna media sosial telah menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui SarawakPay pada 3 Mac 2022.

Antara perkongsian peniaga yang dah dapat, Lihat bukti pembayaran di bawah :

Bukti pembayaran bkss

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila rujuk laman berikut :

https://talikhidmat.sarawak.gov.my/

Atau dial talian di 082-555999.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Portal Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here