BPK: Tebus Bantuan RM300 Untuk 3 Bulan Bermula November 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pandemik Covid-19 menjejaskan ekonomi masyarakat sehingga ada yang tidak mampu untuk membeli barangan dapur mereka sendiri.

Bagi meringankan beban, kerajaan menyediakan Bantuan Kasih Prihatin (BKP) sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan bagi golongan miskin bandar membeli barangan dapur di premis ditetapkan.

Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka yang mana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

[Baca Juga Gelombang Baharu Covid-19 Disember Ini, 3 Perkara Orang Ramai Perlu Buat]

Bantuan ini disalurkan tanpa tunai melalui MyKad dan penerima dipilih berdasarkan pengkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih serta disemak silang menerusi data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

Untuk pengetahuan anda, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Senarai premis pembelian:

Penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

  • Giant
  • Mydin
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

Bila program bermula:

Julai – September 2021: Selangor & Kuala Lumpur

Ogos – Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu

September – November 2021 / Oktober – Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

Cara semak kelayakan bagi Bantuan Prihatin Kasih:

  • Sila buka laman web MyKasih
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha
  • Tekan butang “Semak Status”
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan

Jika anda layak, anda akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status anda.

Anda juga perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Semoga tiada lagi keluarga dan anak kecil yang kelaparan menerusi program ini.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: BPK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here