BPR Fasa 3, Semak Baki Bayaran Yang Anda Patut Dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dah semakkah bayaran Bantuan Sara Hidup (BPR) Fasa 3 anda pada 28 September lalu?

BPR adalah gantian kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). BPR 2021 mempunyai 3 fasa, fasa 1 dan 2 telah diberikan kepada mereka yang layak.

Sekiranya anda layak memohon, penerima BPR 2021 akan menerima bayaran selepas melepasi proses semakan verifikasi kelayakan.

Semakan status boleh dibuat melalui portal BPR.

Cara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3:

Bagi membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  • Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang ‘Semak Status’
  • Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

Maklumat Lanjut:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

[Baca Juga Mampukan Malaysia Capai Pendapatan Isi Rumah RM10K Sebulan?]

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MOF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here