Cara Aktifkan MYKAD Untuk Bayar Tol, Parking Touch N Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Selain daripada kad Touch N Go (TnG), anda sebenarnya boleh menggunakan MyKad untuk membayar tol dan parking yang guna mesinTnG.

Niaga Kini nak kongsikan cara untuk mendaftarkan atau mengaktifkan kad TnG ke dalam MyKad anda.

[Baca Juga Betul Ke Hibah Yang Diberikan Lepas Kematian Tak Sah?]

Cara Aktifkan Fungsi Touch n Go Pada MyKad:

  • Pastikan di bekalang MyKad ada lambang TnG dan cip 64K ke atas. Sekiranya tiada, anda perlu upgrade MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Anda boleh tambah nilai di stesen-stesen minyak / kiosk TnG.
  • Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semak baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet TnG anda.

Sekarang anda dah boleh guna MyKad untuk bayar tol dan ia juga boleh digunakan untuk bayar parking yang menyediakan perkhidmatan TnG ni.

Cara Semak Baki TnG Dalam MyKad

Kepada anda semua yang tak tahu, sebenarnya boleh je kalau nak masukkan MyKad dalam app Touch n’ Go eWallet ni.

Caranya:

  • Simpan resit bila tambah nilai/reload. Paling penting adalah “Manufacturing No” 10 angka (rujuk gambar di bawah).
  • Download / buka App Touch n’ Go eWallet.
  • Tekan “Add Card”
  • Masukkan “Manufacturing No”
  • Tunggu SMS Verification Code.

Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad.

Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Mudahkan bila ada satu kad saja. Jadi, tak penuhlah dompet tu dengan macam-macam kad.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: harianpost.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here