Cara Daftar DUITNOW QR Semua Jenis Bank (Personal & Perniagaan) 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

“Lecehnya makcik kedai nasi lemak ni, mana ada orang bawak cash dah sekarang..”

Haaa, zaman 2022 ni semua guna phone je buat pembayaran, lebih selamat & mudah. Tak perlu pergi ATM keluarkan duit.

Pelanggan pun ramai yang mengeluh bila peniaga tu takda sediakan pembayaran e-wallet ataupun secara ‘swipe’ (kad).

Disini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan kod duitNow QR untuk personal dan perniagaan, semoga membantu.

APA ITU DUITNOW QR CODE

Piawaian QR yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Boleh Dikendali (ICTF) Bank Negara Malaysia.

Ini membolehkan  rakyat Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan eWallet yang mengambil bahagian dengan hanya satu kod QR.

BANK YANG TERLIBAT DUITNOW QR CODE

Antara bank yang terlibat menggunakan perkhidmatan ini adalah semua bank yang ada di Malaysia kecuali bank:

  • Al Rajhi bank
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • MBSB Bank
  • Kuwait Finance House

CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR

Untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow QR ini, pastikan anda install aplikasi perbankan anda di telefon. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kod duiutNow QR bagi Bank Islam:

  1. Buka Aplikasi Go by Bank Islam (Android / IOS)
  2. Log masuk akaun menggunakan Username dan Password anda ataupun Fingerprint yang telah anda tetapkan.
  3. Pada menu utama, klik pada ikon DuitNow QR
  4. Masukkan Password online banking anda
  5. Sekiranya anda pengguna kali pertama dikehendaki buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik pada Contine
  6. Bahagian seterusnya anda dikehendaki untuk mengisi:
    • Preferred Funding Account – pilih akaun anda inginkan
    • Preferred Purchase Daily Limit – had limit perbelanjaan harian
    • Preferred Cumulative Limit
  7. Setelah lengkap Tick pada Terma dan Syarat, klik confirm
  8. Masukkan No IAC yang diterima melalui SMS klik done. Pendaftaran anda selesai
  9. Kemudian untuk dapatkan Kod DuitNow QR, anda klik pada Let’s DuitNow QR
  10. Klik pada Allow bagi Picture dan Record
  11. Kemudian klik pada ahagian Receive.
  12. Satu QR kod akan terpapar, anda boleh share kan QR tersebut atau print untuk memudahkan pembayaran dilakukan terus ke akaun anda
  13. Selesai

NOTA: bagi bank-bank yang lain, langkahnya adalah lebih kurang sama, tetapi yang pastinya anda seharusnya install terlebih dahulu aplikasi Bank anda.

CARA TRANFER DUIT DENGAN DUITNOW QR

  1. Buka aplikasi Perbankan Mudah Alih atau eWallet pilihan anda.
  2. Imbas QR DuitNow penghantar.
  3. Sahkan butiran pembayaran dan bayar.
  4. Terima pengesahan pembayaran.

CARA BAYAR DENGAN DUITNOW QR

  1. Buka aplikasi Perbankan Mudah Alih atau eWallet pilihan anda.
  2. Imbas QR DuitNow pedagang.
  3. Sahkan butiran pembayaran dan bayar.
  4. Terima pengesahan pembayaran.

Cara Dapatkan QR Code QR Pay MAYBANK

Cara-cara pendaftaran

1.Buka apps Maybank2u di handphone anda
2.Tekan QR PAY
3.Tekan butang receive

qr pay qrpay maybank

4.Print di kedai
5.Tampal di kawasan yang mudah di capai/scan

qr pay qrpay maybank

Selamat berniaga pada para peniaga dan selamat membeli kepada membeli.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Kod DuitNow QR, anda boleh merujuk website rasmi DuitNow QR di pautan https://www.duitnow.my/

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Jom Simpan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here