Cara Daftar Maybank2u Biz, Senang Nak Check Record Perniagaan Anda!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sedikit perkongsian yang Niaga Kini ingin kongsikan kepada para pembaca, pastinya susahkan dan meletihkan bukan, jika uruskan perniagaan dengan menggunakan cara tradisional ?

[Baca Juga: Akaun Tweetfamous Disekat, 4 Polisi Twitter Yang Anda Perlu Tahu]

Apa yang anda perlu lakukan adalah merekod setiap transaksi harian di dalam buku catatan pastinya sangat mengelirukan keadaan di tambah pula urusan lain yang perlu diselesaikan juga.

Untuk makluman anda yang masih belum mengetahui mengenai Maybank2U Biz, ianya adalah satu kemudahan buat peniagaan perusahaan industri kecil (SME), dimana pihak Maybank telah menambah fungsi Maybank2U Biz di laman web Maybank2U.

Ianya juga membantu para peniaga dan usahawan untuk mendigitalkan operasi perniagaan dan menjadikan urusan harian lebih cekap.

Bagi anda yang ingin mengakses aplikasi M2U Biz ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu akaun Maybank Business dan memilih Maybank2U Biz sebagai kaedah untuk mengakses keperluan perbankan digital.

Jenis Tahap Akses Maybank2U Biz

Buakn itu sahaja, dengan aplikasi M2U Biz ini, pengguna juga boleh memilih dan memiliki salah satu daripada tiga tahap akses akaun yang berbeza mengikut struktur perniagaan anda.

Tiga Tahap Akses:

  • Viewer

– membolehkan pengguna melihat semua butiran akaun

  • Maker

– dapat melihat serta membuat transaksi selepas mendapat persetujuan pemeriksa

  • Checker

– mampu melihat dan menyetujui transaksi yang dilakukan Maker.

Cara Penggunaan Maybankk2U Biz

Untuk pengetahuan anda, aplikasi M2U Biz ini membolehkan anda untuk melihat ke semua aset dan liabiliti supaya dapat menghasilkan aliran tunai yang lebih baik dan anda juga mempunyai ketelusan dalam menjejak aset anda yang terdiri daripada akaun, deposit tetap dan liabiliti dimana terdiri daripada sewa beli dan pinjaman dengan mudah.

Bukan itu sahaja, urusan anda untuk mengeksport data kewangan perniagaan sehingga 12 bulan terakhir juga lebih mudah dengan fail CSV yang boleh digunakan dengan perisian perakaunan dari pihak ketiga.

Anda juga boleh menyelesaikan pembayaran perniagaan dengan lebih mudah apabila transaksi boleh dilakukan di aman sahaja anda berada dan justeru itu, anda juga bakal mempunyai banyak masa yang berbaki untuk anda uruskan eprkara yang lain.

Hal ini boleh berlaku kerana segalanya boleh dilakukan di dalam aplikasi mudah alih pada telefon bimbit anda dimana yang membantu kecekapan dengan fungsi penetapan bayaran berulang dan penerima bayaran kegemaran.

Buat pengguna tahap akses Checker, anda boleh meluluskan sehingga 10 transaksi sekaligus dengan tempoh persetujuan tujuh hari.

Malah, pengguna juga dapat menjimatkan masa dan kertas kerja kerana invois tampak profesional yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian serta keperluan dapat dihasilkan daripada aplikasi dalam masa yang singkat.

Ia seterusnya boleh terus dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp dan dipantau serta diberi peringatan secara mudah alih sekiranya terdapat invois yang masih belum dibayar.

Adakah Selamat Menggunakan M2U BIZ?

Bagi aplikasi Maybank2U Biz ini menggunakan kaedah pemabayaran Secure2U yang dijamin selamat dan bagi memberikan kelegaan di dalam menguruskan kewangan dan mengurangkan pendedahan terhadap penipuan atau keperluan untuk bergantungpada jaringan telekomunikasi.

Cara Muat Turun Aplikasi M2U Biz

Aplikasi M2U Biz boleh di download di Google Play Store atau AppleStore.

Cara Daftar M2U Biz

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Maybank Business boleh mendaftar M2U Biz dengan langkah ini.

Manakala, pelanggan baharu Maybank boleh mendaftar akaun di sini.

Layari laman web Maybank untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Maybank2U Biz atau peraduan Power 2 Win.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: SemakanStatus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here