Cara Daftar Pakej Internet, Peranti 4G Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Warganegara Malaysia yang tiada peranti mudah alih kini boleh mendapatkan peranti mudah alih terkini yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma bermula esok sehingga April 2022 di bawah Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Manakala golongan pelajar boleh mendapatkan pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah dengan bayaran RM10 sebulan dan dibayar RM30 untuk tiga bulan, mereka akan mendapat data 20 gigabyte (GB).

Perkara itu diumumkan, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hari ini.

Pihak penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis)
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia
  • Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES)

Cara daftar:

Individu berminat boleh mengunjungi kaunter penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau memohon secara dalam talian.

Adakah pengguna prabayar layak untuk melanggan pakej ini?

Tidak. Pakej ini hanya terbuka kepada langganan pascabayar yangbaharu atau sedia ada yang mana pemohon akan terikat kepada kontrakselama 12 hingga 24 bulan.

Pelanggan mesti melengkapkan keseluruhan tempoh kontrak selama12 hingga 24 bulan bagi mengelakkan denda dikenakan oleh penyedia. Jika kontrak tersebut ditamatkan lebih awal, pihak penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj denda bagi penamatan tersebut.

Bayaran pendahuluan:

Terdapat bayaran pendahuluan bagi pakej ini dan ia akan dikembalikan kepada pengguna. Bayaran pendahuluan diperlukan tertakluk kepada laporan kredit. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

Anda disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya ketersediaan rangkaian liputan boleh diterima di kawasan anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia:

  • Hanya RM10 sebulan, iaitu dibayar untuk 3 bulan/RM30
  • Data 20GB untuk tiga bulan.
  • Turut diberikan, data 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta Internet asas tanpa had.

[Baca Juga 3 Tabiat Orang Ramai Yang Berterusan Selepas Pandemik]

Pakej Peranti Keluarga Malaysia:

  • Memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
  • Langganan serendah RM40 sebulan
  • Kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
  • 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
  • Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Pakej ini diharapkan akan membolehkan lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here