Cara Daftar, Semak, Sahkan Maklumat Diri (Pengundi) SPR Oktober 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyeru 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat sempena pelaksanaan urusan semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA), bermula 1 hingga 31 Oktober ini.

Urusan semakan SPPA boleh dibuat melalui dua kaedah:

a) Menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my; atau

b) Hadir ke 594 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Sekiranya bakal pemilih tidak tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk kemaskini alamat kad pengenalan masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

[Baca Juga 3 Fakta Merisaukan Tentang Kewangan Rakyat Malaysia]

SPR akan mempamerkan maklumat semua pemilih dan memberi peluang kepada mereka untuk mengesahkan rekod mereka.

Orang ramai boleh menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-88927018 atau layari portal www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Kenyataan media SPR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here