Cara Elak ‘Disekat’ Guna Aplikasi WhatsApp Mulai November 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Segera Kemaskini Telefon Pintar Sebelum Disekat Guna Aplikasi WhatsApp!

Pening juga bila aplikasi kiriman mesej popular, WhatsApp mengumumkan 52 jenis telefon pintar yang tidak boleh guna aplikasi itu mulai 1 November ini.

WhatsApp banyak kegunaannya bukan saja untuk tujuan bersosial tetapi kebanyakan masa juga digunakan untuk bekerja dan melancarkan urusan seharian.

Langkah itu dibuat kononnya untuk melindungi pengguna dan memastikan aplikasi berkenaan selamat.

Namun, jangan panik. Anda masih boleh menggunakan aplikasi ini dengan menaik taraf peranti atau mengemaskini sistem operasi telefon pintar.

Bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android, WhatsApp berkata, ia hanya akan menyokong Android 4.1 dan ke atas. Bagi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS pula, WhatsApp hanya menyokong kemas kini iOS 10 dan ke atas.

Namun, bagi model-model tersenarai yang masih menerima sokongan naik taraf sistem operasi, termasuk iPhone 6s yang mempunyai sistem operasi asal iOS 9, pengguna hanya perlu menaik taraf sistem operasi telefon pintar mereka kepada yang terkini dan kemudian masih boleh menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Pengguna iPhone 4S dan model-model terdahulu pula tidak akan mendapat akses kepada WhatsApp lagi selepas ini kerana ia tidak menyokong iOS 10.

Telefon pintar yang termasuk dalam senarai adalah:

Galaxy Trend Lite

Galaxy Trend II

Galaxy SII

Galaxy S3 mini

Galaxy Xcover 2

Galaxy Core

Galaxy Ace 2

Lucid 2

Optimus F7

Optimus F5

Optimus L3 II Dual

Optimus F5

Optimus L5

Best L5 II

Optimus L5 Dual

Best L3 II

Optimus L7

Optimus L7 II Dual

Best L7 II

Optimus F6, Enact

Optimus L4 II Dual

Optimus F3

Best L4 II

Best L2 II

Optimus Nitro HD

Optimus 4X HD

Optimus F3Q

ZTE V956

Grand X Quad V987

Grand Memo

Xperia Miro

Xperia Neo L

Xperia Arc S

Alcatel

Ascend G740

Ascend Mate

Ascend D Quad XL

Ascend D1 Quad XL

Ascend P1 S

Ascend D2

Archos 53 Platinum

HTC Desire 500

Caterpillar Cat B15

Wiko Cink Five

Wiko Darknight

Lenovo A820

UMi X2

Run F1

THL W8

iPhone SE

iPhone 6S

iPhone 6S Plus

Jadi jangan terkejut bila tiba-tiba tak boleh guna WhatsApps nanti. Model telefon yang tersenarai tu, cepat-cepat naik taraf sistem operasi untuk gunakan aplikasi ini ya.

[Baca Juga Mampukan Malaysia Capai Pendapatan Isi Rumah RM10K Sebulan?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here