Cara Mohon Bantuan One-Off RM500, Bayaran Masuk Mulai Jun 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak RM 1.2 Billion diperuntukan oleh kerajaan bagi membantu 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.

[BACA: Cara Tebus RM300 Pembelian Telefon Pintar, Data Internet Mei 2021]

Katanya, bantuan sebanyak RM500 dibayar secara one-off kepada golongan B40. Bukan itu sahaja sebanyak RM500 akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Niaga Kini akan berkongsi maklumat lanjut berkaitan bantuan sebanyak RM500 yang dijangka bakal diagihkan bermula Jun 2021 ini.

Bantuan Rm500 b40

[BACA: Cara Buat Rayuan BPR Fasa 2 Bagi Berstatus Tidak Lulus Mei 2021]

Bantuan RM500 B40 & Penerima BPR PEMERKASA

Kedua-dua kategori ini, melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

Syarat Kelayakan

  • Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada Golongan B40 yang telah hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang bependapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Penerima berumur 21 hingga 60 tahun
  • Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
  • Dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing

NOTA: Mereka yang layak tidak perlu memohon kerana proses semakan silang akan dibuat dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

Tarikh Bayaran

Bayaran RM500 PEMERKASA ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Cara Permohonan RM500 B40, Perima BPR

  1. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  2. Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
  3. Makluman akan dibuat apabila wang telah dikreditkan untuk semakan penerima.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang semakan dan pembayaran, sila rujuk makluman yang yang akan dikemaskini oleh LHDN.

i) Layari laman sesawang https://hasil.gov.my; atau

ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747

[BACA: Cara Semak Status Bantuan JKM & Jadual Tarikh Pembayaran Bulanan 2021]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: kerjayasemasa.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here