Cara Mohon Permit Berniaga Bazar Ramadhan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Seperti yang Niaga Kini kongsikan pada 16 mac lalu, pihak kerajaan telah meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Perkara ini tentunya menggembirakan ramai peniaga setelah ‘bercuti panjang’ akibat PKP sepanjang tempoh pandemik ini.

[BACA:Cara Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3000 Seorang]

Malah, pihak kerajaan juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah. Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak.

May be an image of one or more people and text that says "K NIAGA KINI "MKN benarkan bazar Ramadan (3 petang-8 malam) dan bazar aidilfitri (10 pagi- 12 tengah malam) beroperasi di seluruh negara.." Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MENTERI KANAN KESELAMATAN 16 Mac 2021 f Niaga Kini www.niagakini.my"

Justeru, apabila penganjuran bazar dibenarkan, ada peniaga-peniaga baru yang ingin mencuba nasib tetapi masih tidak tahu dan tertanya-tanya langkah untuk berniaga di tapak bazar ramadhan.

Jadi ini Niaga Kini kongsikan cara untuk memohon tapak atau permit untuk berniaga di bazar ramadan.

Perkara (1), (2), & (3) perlu dihantar bersama ketika momohon permit kepada penganjur tapak bazar.

[BACA:Duit GKP Tambahan Mac Telah Dikreditkan, Ini 3 Info Penting Ramai Peniaga Tak Tahu]

Peniaga Wajib Ikuti Kursus Pengendalian Makanan

Memetik portal Airbalang.com, kursus pengendalian makanan wajid ada pada setiap peniaga makanan atau minuman. Ada Pihak Majlis memandang serius keperluan sijil ini. Tak mahu susah dikemudian hari anda kenalah hadir kursus ni.

Anda hanya perlu luangkan masa 3-4 jam saja untuk menyertai kursus ini. Lagipun sijil ni sah seumur hidup. Bayaran pula tidaklah semahal mana dalam RM50.

Bayaran itu bergantung kepada pihak penganjur dan ada yang lagi murah daripada itu. Tapi sila pastikan pihak penganjur itu ada pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penampilan peniaga Di Bazar ‘Norma Baharu’

Pihak KKM memang menitikberatkan penampilan seorang pengendali makanan ataupun minuman. Ianya bagi mengelakkan pengguna atau pembeli mendapat kemudaratan berpunca daripada sumber makanan yang tidak bersih.

Sebagai peniaga, anda wajib untuk memenuhi enam ciri-ciri seorang pengendali makanan yang baik ini.

  1. Bagi peniaga, sentiasa memakai pelitup muka topi, serkup atau sebarang penutup kepala (jika jual makanan) yang dibenarkan.
  2. Memakai uniform atau pakaian bersama apron dalam keadaan yang bersih.
  3. Menanggalkan semua aksesori dan barang kemas pada jari dan tangan.
  4. Memakai kasut yang bersih dan tertutup.
  5. Memiliki kuku jari yang terpelihara – pendek, bersih dan tidak diwarnakan.
  6. Tidak mengaru-garu, merokok semasa menyediakan makanan, amalkan tingkahlaku yang baik.

Enam ciri-ciri amat dititikberatkan dalam setiap pengendali makanan ataupun minuman bagi memastikan makanan yang disediakan itu betul-betul selamat untuk dimakan. Jika ciri-ciri ini diabaikan, kemungkinan untuk berlakunya kes keracunan makanan adalah tinggi.

kursus pengendalian makanan air balang

Suntik Thphoid

Untuk suntikan Typhoid pula adalah wajid diambil oleh setiap peniaga. Suntikan ini ada tarikh luput dia, bergantung kepada klinik yang anda pergi. Bayaran pula dalam RM30 untuk tempoh satu tahun. Ada juga klinik yang menawarkan suntikan untuk 2-3 tahun sekaligus.

[BACA:Terkini: Lulus I-Sinar Tanpa Syarat Mac, Ini Cara Untuk Semak Tarikh Bayaran 2021]

Suntikan ini bertujuan mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman.

Bila sudah selesai, anda akan diberikan surat akuan pemberian suntikan dan sebagai langkah berjaga-jaga kena pamerkan surat akuan ini semasa berniaga.

Tapak Bazar Kena tempah awal!

Setahu Niaga Kini, pemohonan tapak bazar perlu dibuat 1-2 bulan sebelum bermulanya bulan ramadan.

Walaubagaimanapun dalam situasi sekarang, masih ada permohonan tapak bazar yang masih dibuka.

Cara Mohon Tapak Bazar Ramadhan 

Anda hanya perlu buat carian di internet mengenai tapak bazar ramadhan di kawasan, daerah, negeri anda.

Permohonan langsung boleh dibuat secara atas talian di laman web majlis daerah masing-masing.

Paling penting pastikan di tapak tersebut ada ada kemudahan seperti surau, tandas, ruang parkir dan kawalan lalulintas.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here