Cara Mudah Permohonan Dan Muatnaik Dokumen Sokongan I-Sinar KWSP Kategori 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Seperti yang Niaga Kini maklumkan sebelum ini, ahli KWSP yang TIDAK LULUS permohonan kategori 1 pada 4 januari lalu  masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai hari ini.

[BACA: Lanjutan Moratorium 3 Bulan: Cara Permohonan Untuk PKS, B40 & M40]

Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

i-sinar kategori 2

Tarikh Permohonan

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021.

Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Cara Mudah Permohonan I-Sinar KWSP Kategori 2

[1] Log In ke laman web: isinar.kwsp.gov.my

[2] Isikan maklumat anda, nombor kad pengenalan & nombor telefon

[3] Tunggu SMS nombor OTP dan masukkan ke ruangan yang disediakan.

[4] Pilih jumlah yang hendak dikeluarkan. 

[5] Pilih jumlah pembayaran sebulan.

[6] Pengesahan maklumat diri & jumlah pembayaran

[7] Pengesahan maklumat akaun

Selesai

[BACA: Bisnes Yang Boleh Dilakukan Dengan Pengeluaran Duit i-Sinar KWSP]

Macam Mana Hendak Hantar Dokumen Sokongan

Image may contain: text that says "KWSP EPF İSINAR ONLINE MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN Masukkan pendapatan jumlah MAKLUMAT PENGURANGAN PENDAPATAN Pendapatan SEBELUM Pengurangan Juen jumlah keseluruhan yang dimasukkan permenenen ada) Tekan TAMBAH FAIL untuk menambah LAMBANFAL Tekan Pilih Fail dan pilih dokumen Gaji tertinggi sebelum pengurangan Pendapatan SELEPAS Pengurangan tapsiyi pendapatan SELEPAS Pastikan jumlah tidak nilai bonus jika ada) Saอt aatenl Pofa CAMBARIAL Tekan TAMBAH FAIL Tekan Pilih Fail dan pilih dokumen Gaji selepas pengurangan kotak muat naik Dokumen sokongan untuk pertimbangan BAMLANEM TAMBAH FAIL untuk menambah kotak muat naik Tekan Pillh untuk muat n-dokumen sokongan KEMBALI TERUSKAN O Tekan TERUSKAN menyambung anda"

Semakan Status & Tarikh Bayaran

  1. Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:

amaun kelayakan pengeluaran 10k

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: I-Sinar KWSP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here