Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Bayar Rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Siapa yang tidak mahu memiliki rumah sendirikan. Sampai bila hendak menyewa sahaja, betul tak?

Mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa kita boleh buat pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa menunggu usia 50  sehingga 55 tahun.

Niaga Kini nak kongsi kaedah caranya seperti ditunjukkan oleh Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak ini.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Syarat Kelayakan Pengeluaran

Warganegara Malaysia; atau warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau

Bukan Warganegara Malaysia yang:

Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.

Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.

Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.

Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.

Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.

Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan

Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

Dokumen Yang Diperlukan

Sediakan dokumen!

Ini adalah bahagian paling penting ya.

Pastikan dokumen korang lengkap.Kemudian susun ikut turutan.

Baru lah senang nak buat permohonan nanti.

Korang boleh sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.

Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].

Salinan original SPA.

Salinan pengenalan (myKad atau passport).

Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.

Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.

Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan, korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)

Permohonan pengeluaran secara online atau bersemuka

Sekarang segalanyakan di hujung jari korang.

Adalah lebih mudah kalau korang buat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun.

Bagi permohonan secara bersemuka ni, sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP sama ada perlu buat appointment dahulu atau boleh walk-in sahaja untuk permohonan pengeluaran KWSP ni.

Berapa lama proses pengeluaran KWSP ni?

Biasanya pegawai KWSP akan inform yang proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja tapi sebenarnya seawal 7 hari waktu bekerja korang dah boleh buat semakan dalam akaun korang.

Jangan nak buat joli pula duit tu nanti. Pastikan dokumen korang lengkap tau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP.

[Baca Juga Duta Produk Perlu Jujur, Barang Tak Berkualiti Pun Nak Kongsi?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Ahyat Ishak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here