Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, hanya beberapa sektor penting sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Bagi peniaga, restoran, penjaja tepi jalan, anda dibenarkan untuk beroperasi pada 6 pagi sehingga 8 malam namun perlu amalkan SOP yang diarahkan.

Niaga Kini kongsikan kepada anda senarai sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini.

[A] Sektor Perkhidmatan

[2] Pengilangan & Pembuatan

[3] Pembinaan

[4] Perladangan & Komoditi

[5] Perdagangan & Pengedaran

[6] Lain-lain

 

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Senarai Ekonomi Perlu (Essential Service)

Keputusan Kerajaan membenarkan lima (5) sektor ekonomi perlu (essential economic sectors) termasuk pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi adalah bagi menjamin proses pemulihan semula ekonomi negara, kemampanan perniagaan, mengelak kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan memastikan rakyat terus mendapat akses keperluan asas dan kritikal sepanjang tempoh PKP.

Sektor-sektor ekonomi dalam perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP adalah seperti yang diperincikan di Lampiran di bawah:

Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0

Menurut Semakan Online & Santai Media, surat kebenaran MITI ini sebenarnya amat penting juga kepada runners & peniaga yang menghantar produk secara COD.

Ramai yang masih guna surat pelepasan yang lama tanpa menyedari surat tersebut telah terbatal dan perlu mendapatkan surat baru melalui laman web CIMS.

Sila bertindak sebelum diambil tindakan.

Macam mana nak mohon kebenaran beroperasi dari MITI? Mudah saja.

Jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal.Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.

Jika anda belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI https://notification.miti.gov.my

Jika belum pernah berdaftar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.miti.gov.my
  2. Klik CIMS 3.0
  3. PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
  4. Klik DAFTAR
  5. Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
  6. Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
  7. Anda akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
    • Isikan Nama Penuh
    • Isikan Email
    • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
    • Masukkan Kata Laluan
    • Masukkan Kata Laluan sekali lagi
    • Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  8. Klik Daftar
  9. Setelah berjaya, anda akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.
surat miti

Rujuk video pendaftaran / permohonan beroperasi MITI dalam video di bawah: https://www.miti.gov.my/redir/pkp/cims.html

SOP MITI

  • Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
  • Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
  • Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
  • Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.
  • Manakala jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
  • Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan Beroperasi MITI

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miti.gov.my/ atau hubungi 03-6208 4949.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here