Cara ‘Print’ Penyata Kewangan (Bank Statement) BSN Online & ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Setiap kali membuat transaksi jarang yang ambil kisah pasal penyata atau resit bank kecuali untuk hal penting.

Penyata kewangan ni sebenarnya penting untuk pelbagai urusan terutama bila nak buat pinjaman dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh lihat dan memantau  aliran dalam akaun anda. Jadi, sebaiknya simpan penyata bank di dalam satu fail untuk rujukan.

[Baca Juga Elak ‘Ditipu’ Peniaga, KPDNHEP Umum Harga Barangan Hingga 31 Disember Ini]

Niaga Kini nak kongsi pelbagai cara nak dapatkan penyata kewangan dengan cara mudah tanpa perlu ke bank.

1. Penyata kewangan melalui laman MyBSN

  • Daftar akaun anda dengan MyBSN
  • Layari laman web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
  • Masukkan Username
  • Klik butang Login
  • Sahkan Security Image
  • Masukkan Password
  • Klik Account Overview
  • Klik E-Statement
  • Klik Account Name

2. Penyata kewangan melalui ATM

Anda perlu ke mana-mana mesin ATM BSN tetapi penyata kewangan yang dicetak adalah sekadar ringkas transaksi keluar masuk anda sahaja.

  • Klik Transaction History
  • Klik Print

Sebarang kesukaran mendapatkan bank statement BSN, boleh terus berhubungi dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Portal Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here