Dakwaan Premis Tealive Disahkan Haram? Ini Jawapan JAKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Baru-baru ini kembali tular mengenai premis makanan Tealive yang dikatakan tidak halal kerana mengandungi bahan tidak halal.

Bagaimanapun, semakan Niaga Kini di Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan ia tidak benar.

Premis makanan Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Perkara ini turut dijelaskan dalam portal Sebenarnya.MY dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya.

Dapatkan maklumat mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, dengan melayari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Kalau ragu-ragu dengan status halal sesuatu produk, periksa dulu sebelum sebarkan.

[Baca Juga Berhabis Duit Demi Starbuck, IPhone? Betul Ke Beli Emas Lebih Berbaloi?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: SEBENARNYA.MY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here