Dari Pasar Malam Ke Meja CEO, Ini Rahsia Hebat Pengasas Susu Farm Fresh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Wow hebat Farm Fresh, jenama susu segar nombor satu negara ini bakal disenaraikan di Bursa!

Farm Fresh Bhd (Sebelum ini dikenali sebagai Holstein Milk Company Sdn Bhd) sudah memohon untuk disenaraikan di Bursa, dengan nilai yang dijangkakan berjumlah RM2 bilion.

Wow hebat Farm Fresh, jenama susu segar nombor satu negara ini bakal disenaraikan di Bursa!

Farm Fresh Bhd (Sebelum ini dikenali sebagai Holstein Milk Company Sdn Bhd) sudah memohon untuk disenaraikan di Bursa, dengan nilai yang dijangkakan berjumlah RM2 bilion.

Kisah kejayaan Farm Fresh ni memang menarik. Niaga Kini nak kongsi 11 Fakta mengenai Pengasasnya, Loi Tuan Ee dan kejayaan yang diraihnya.

1. Ramai salah sangka bila melihat Loi Tuan EE. Ingatkan John Lennon dengan gaya dapper-cermin mata John Lennon. Dia bijak membiak lembu bukan Yoko Ono.

Dibesarkan di Setiawan, Perak, Loi amat menghargai pertanian dan sukakan alam semulajadi.

2. Loi adalah individu korporat yang berjaya sejak lebih 20 tahun tetapi beliau merasakan perlu untuk melakukan sesuatu yang dekat dengan minatnya.

Loi perasan banyak jenama Malaysia menjual produk diperbuat daripada susu semulajadi atau susu tepung.

Bagi mengejar impiannya, dia tinggalkan kerjaya dan memulakan ladang tenusu.

3. Loi menubuhkan The Holstein Milk Company dan jenama anak syarikatnya, Farm Fresh, pada tahun 2008.

Dia membeli 60 lembu Holstein Jersey dari Australia untuk memulakan perniagaan tetapi dia  menyedari bahawa lembu berkenaan tidak biasa dengan iklim tropika di Malaysia.

4. Tahun-tahun awal perniagaanya turun naik. Jumlah pengeluaran susu rendah. Loi tidak dapat banyak pembiayaan dari bank untuk membeli ternakan & membina infrastruktur.

Nasib baik, kerajaan ketika itu mencari untuk melabur dalam perniagaan pertaniaan bagi mempromosikan produk tempatan.

5. Holstein Milk Company menarik perhatian Khazanah & Khazanah membeli 30% saham dalam syarikat. Syarikat itu terus berkembang selepas menerima pembiayaan.

Loi memperoleh syarikat genetik Australia yang ditubuhkan oleh kerajaan Queensland.

6. Syarikat itu membiak lembu Australia-Friesian-Sahiwal, baka yang lebih sesuai dengan iklim tropika.

Farm Fresh juga membiak Lembu hibrida tahan panas bagi menghasilkan susu yang banyak untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

7. Titik perubahan lain bagi syarikat itu ialah penciptaan rangkaian pengedaran.

Rakan Loi- Ketua Pegawai Operasi HMC & Farm Fresh, Azmi Zainal menjadi perintis inovasi kaedah pengedaran yang membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati kebaikan kesegarannya.

8. Terdapat seramai 800 pengedar dari rumah sejak 2021.

Pengedar dari rumah boleh meraih sehingga RM5k sebulan dengan hanya mengedarkan produk berkenaan kepada pasar malam, gerai di kawasan kejiranan, sekolah dan terus kepada pelanggan.

Syarikat itu juga memiliki lebih 1300 ejen penghantar menerusi sistem pengedar dari rumah.

9. Bagaimana anda fikir syarikat ini boleh mendominasi pasaran susu?

Azmi berkata, syarikat susu segar menguasai 55% saham pasaran di seluruh negara-satu daripada dua rakyat Malaysia yang minum susu-minum Farm Fresh.

Syarikat itu juga inovatif dalam menambah produk baharu dalam rangkaiannya.

10. Farm Fresh menawarkan lebih 80 SKU mengandungi susu segar. Perisa susu dan produk berasaskan yogurt dan susu kambing.

Produk terkenal termasuk Susu Kurma, dilancarkan pada tahun 2016 yang popular pada musim Ramadhan & siri vegannya – susu badam, soya dan oat.

11. Bermula dari 60 kepada 6,000 ekor lembu, ini 3 pengajaran:

1. Tepat pada masa: HMC ditubuhkan pada masa ketika pemerintah berusaha untuk memajukan produk nasional.

2. Pengedaran: Anda boleh mendapatkan Farm Fresh di mana sahaja di MY.

3. Inovasi: Perisa tempatan – susu pisang, susu kurma

Hebat sungguh kisah perjalanan jenama ini kan? Bermula daripada kegagalan, pengasasnya tidak putus asa untuk terus berniaga dengan menukar strategi.

Anda pun boleh cuba juga.Semoga berjaya!

[Baca Juga Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Sehingga 24 Bulan Golongan B50, B40]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: The Coffee Break@BreakMyCoffee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here