Elak Akaun Dibekukan, Ketahui Cara Tukar Status Akaun Kanak-kanak TH Anak Anda Kepada Dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini ingin berkongsi dengan anda mengenai info berkaitan penukaran akaun Tabung Haji kanak-kanak kepada Akaun Dewasa.

[Baca Juga: KWSP: Simpanan Bumiputera Makin Merosot, 3.6 Juta Kurang RM1,000 Dalam Akaun]

Untuk pengetahuan anda, pihak lembaga Tabung Haji (TH) telah menyarankan kepada ahlinya khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-kanak yang dimana masih di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Mustakim Mohamad yang merupakan Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji katanya, hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

tukar akaun tabung haji kanak-kanak ke dewasa

Apa Maksud Akaun TH Dibekukan?

Untuk anda yang tidak mengetahui maksud Akaun TH dibekukan, bagi pemegang akaun kanak-kanak yang telah melebihi had umur 18 tahun akan dibekukan akaunnya daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

tukar akaun tabung haji

Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu datang bersama anak tersebut ke kaunter cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa.

Untuk makluman, semua kaunter TH dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Waktu operasi Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

tukar akaun tabung haji

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Selain itu, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here