Elak Jalan ‘Jem’, Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lembah Klang Waktu Puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

KOSMO melaporkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7.5 tan ke atas dilarang menggunakan jalan raya pada waktu puncak terutama di laluan utama di sekitar Lembah Klang.

Niaga Kini difahamkan larangan terbaharu itu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di sekitar Lembah Klang ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, dua waktu yang tidak dibenarkan kenderaan berat masuk iaitu pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.

Beliau berkata, larangan waktu terhad itu membabitkan 10 laluan pada waktu pagi dan lapan laluan pada waktu petang.

“Waktu pagi membabitkan semua jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Lebuhraya Plus, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

“Bagi waktu petang pula, ia membabitkan laluan Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Gombak, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Jalan Sungai Besi dan Jalan Kelang Lama,”

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Info Malaysia Kini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here