Facebook, Instagram, Whatsapp ‘Down’ 7 Jam, Zukerberg Mohon Maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Patutlah sejak tengah malam tadi susah betul nak hantar WhatsApp atau buka Facebook, rupanya satu dunia hadapi masalah gangguan yang sama.

Bukan WhatsApp saja, turut terkesan Facebook, Instagram dan Messenger kerana kesemua perkhidmatan ini di bawah Facebook.

Gangguan dikatakan berlaku sejak Isnin, 11.30 malam sehingga menjelang subuh, hari ini (Selasa) dan kembali pulih kira-kira jam 6.00 pagi tadi.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menerusi hantaran di Facebooknya pada pagi Selasa turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini kembali dalam talian. Maaf atas gangguan hari ini. Saya tahu betapa anda bergantung pada perkhidmatan kami untuk terus berhubung dengan orang yang anda sayangi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer akui mereka memerlukan sedikit masa untuk kembali berfungsi dengan sepenuhnya.

“Perkhidmatan Facebook kembali dalam talian sekarang, mungkin memerlukan sedikit masa untuk mencapai 100 peratus.

“Saya minta maaf kepada setiap perniagaan kecil dan besar, keluarga serta individu yang bergantung kepada kami,” ciapnya di Twitter jam 6.46 pagi tadi.

Layanan WhatsApp, Instagram, hingga Facebook, mengalami down yang lama kali ini. Dikatakan puncanya adalah kesalahan pada Domain Name System (DNS).

Pemantau DownDetector, mencatat bahwa masalah ini tersebar luas di berbagai negara. Meskipun tidak jelas apa masalah yang sebenarnya, namun pakar teknologi yakin ia berpunca daripada DNS.

DNS diibaratkan sebagai buku alamat atau buku telepon dalam dunia internet. Ia mengarahkan browser web ke sistem komputer yang melayani situs web yang mereka cari.

Dalam tempoh gangguan itu, ramai yang beralih ke media sosial Twitter. Aplikasi pesanan lain yang menjadi alternatif adalah Telegram.

4 JAM RANGKAIAN FACEBOOK TERPADAM APA IMPAKNYA?

1. Mark Zuckerberg kehilangan 7 billion (USD).

2. Kerugian di peringkat global dianggarkan sebanyak $ 160 juta sejam

3. Penurunan saham yang sangat ketara

4. Pekerja FB tidak dapat memasuki bangunan Facebook.

[Baca JugaCara Elak ‘Disekat’ Guna Aplikasi WhatsApp Mulai November 2021]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sinar Harian, DigitalNext My

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here