Founder Dakwa Sold Out, Tapi Sebenarnya Produk Sangkut Pada Ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Patutlah produk dikeluarkan laku keras, belum sempat lancar dah sold out. Hakikatnya, semua produk itu diborong ejen.

Begitu taktik segelintir founder yang dianggap tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan ejen untuk menghabiskan stok.

Niaga Kini nak kongsi pandangan seorang individu menerusi Twitternya mengenai isu ini.

Dikenali sebagai Fadhilat, ciapannya menerusi @thekittycoach, segelintir founder menggunakan taktik meminta ejen membeli stok sehingga habis semata-mata nak tunjuk produk mereka laku keras.

“U can claim produk yang u keluarkan dah sold out sebelum Launching. Tapi u don’t provide enough proof. Bila orang tanya how you define? U cakap kalau nak tahu kena join jadi agen dulu. If just sold out dekat agen, itu beulm lagi sold out. U can be happy and take that money,” ciapnya.

Katanya taktik itu mungkin menguntungkan fouder tapi membebankan ejen-ejen yang perlu jual kepada pengguna sehingga habis.

“Konsep ejen itu jadi salah bila u buat marketing ur produk always tak cukup. Talp cerita sebenar,  u guna trick untuk buat para agen beli and restock barang. Berapa ramai agen yang datang dekat aku cakap nak minta tolong. Dia orang just nak clearkan stock je lepas tu cuci tangan dah takn ak jual.

“Brand2 tu semua brand2 yanggfounder selalu claim sold out. I won’t mention ataupun tunjuk Screenshot sebab atas faktor hormat privacy individu-individu tersebut dan juga ada common sense dekat founder2 produk ni,” ciapnya lagi.

 Kalau betul-betul nak jadi founder, guna alasan nak kongsi rezeki tapi at the same time menggunakan emosi secara halus kepada para ejen, please la buat dengan cara yang betul selepas ni. Korang tak kesian ke dekat ejen2 tu. Anda rekruit 5@6 ribu ejen. Korang tunjuk kat ejen, berjaya 10 orang je. Then tunjuk buat poster sales ratus ribu. Tapi on paper, on management account syarikat, benda ni tak nampak dan tak dapat dibuktikan.

Katanya rakyat semakin pandai. Jadi apa yang founder2 ni claim nanti, akan wujud jugak situasi, “betul ke ni? Tak caya ah”. Oleh hal demikian. sebelum nama korang jadi buruk, buatlah sesuatu dari sekarang.

“Memang betul korang ikut formula menuntut ilmu dengan sifu business tu cara buat duit dengan business model ejen, tapi for long-term, I repeat. Jangan khianat para ejen dah. Sekian, terima kasih,” ciapnya.

Jadilah Founder atau pengasas yang bertangung jawab. Jangan hanya tahu nak kejar glamor dan untung semata-mata.

[Baca Juga Duta Produk Perlu Jujur, Barang Tak Berkualiti Pun Nak Kongsi?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Fadhilat @thekittycoach

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here