Freelance, Berniaga? Ini Cara Mohon Pinjaman Bank Tanpa Slip Gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Susah nak terangkan pada orang pasal kerja secara sambilan di rumah atau bekerja sendiri dari rumah.

Ramai yang rasa mereka yang kerja sambilan ni tak ada masa depan sebab gaji tak tetap malah ada yang ingat duduk rumah goyang kaki malas pergi kerja.

Selain berdepan tanggapan negatif orang, pekerja sambilan susah nak memohon pinjaman daripada bank sebab tak ada slip gaji macam pekerja di pejabat yang makan gaji tetap.

Hakikatnya di negara ini, pekerjaan secara freelance masih belum dianggap sebagai pekerjaan yang sebenar sedangkan pendapatan kadangkala lebih banyak daripada mereka yang makan gaji.

Jangan pening, boleh je nak dapatkan pinjaman bank nak beli rumah, kereta dan sebagainha. Niaga Kini kongsikan tip nak mohon pinjaman bank untuk anda yang kerja sambilan dan tiada slip gaji.

1. Simpan semua urus niaga kewangan anda

Walaupun tiada gaji tetap tapi anda ada rekod bayaran untuk setiap urusniaga dijalankan. Jadi, simpan semua rekod ni sebab bank nak tengok bila anda memohon untuk pinjaman.

Bila bank nampak ada aliran wang masuk yang setiap bulan walaupun jumlah tak tetap, lebih menyakinkan mereka untuk luluskan pinjaman.

Selain itu, pastikan perkara ni:

  1. Syarikat anda berdaftar dengan SSM.
  2. Buka akaun semasa atas nama syarikat dan masukkan semua pendapatan dan keluarkan segala perbelanjaan melalui akaun semasa itu. Pastikan penama syarikat dengan akaun bank tu orang yang sama.
  3. Setiap bulan keluarkan gaji daripada akaun semasa syarikat dan masukkan dalam akaun simpanan peribadi. Jangan pula habiskan, pastikan kedua-dua akaun masih ada baki.
  4. Kekalkan proses ini selama 6 hingga 12 bulan dan sentiasa pastikan ada aktiviti keluar masuk duit dalam akaun sebab bila bank tengok penyata kewangan, nampak aliran tunai bakal peminjam cantik.

2. Pastikan ada simpanan

Bagi menyakinkan lagi pihak bank, buat simpanan tetap seperti dalam KWSP, ASB atau Tabung Haji setiap bulan selama dua tahun.

Ini menunjukkan anda ada simpanan yang boleh diharapkan ketika kecemasan.

3. Isytiharkan cukai pendapatan

Ramai yang nak lari daripada membayar cukai pendapatan sedangkan ia penting kerana penyata cukai ini membantu bagi mendapatkan kelulusan pihak bank.

Ia adalah bukti yang menyakinkan pihak bank dan pastikan anda bawa penyata cukai tiga tahun berturut-turut masa memohon pinjaman bank.

4. Cari seorang penjamin

Biasanya memang bank akan minta penjamin dan anda perlu cari penjain yang menyakinkan iaitu memiliki kedudukan kewangan kukuh dan kerja tetap.

Nak cari penjamin pun bukan senang sebenarnya sebab anda perlu yakinkan mereka juga bahawa anda mampu membayar pinjaman tu kelak.

5. Buat kerja sambilan lain

Kerja sendiri memang sukar nak  yakinkan bank. Bagi memastikan anda ada slip gaji, cuba bekerja sambilan untuk jadi bukti bahawa anda ada pendapatan tetap.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MySumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here