GKP: Geran Khas Prihatin Bagi Fasa 2 Akan Dikreditkan Mulai Selasa Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini ingin berkongsi dengan anda satu berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tadi berkenaan Geran Khas Prihatin 4.0.

[Baca Juga: KWSP: Caruman 9% Lanjut Hingga Jun 2022, Nikmati Gaji Yang Lebih Banyak]

Untuk pengetahuan anda, pembayaran geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 yang mana berada di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan dibuat mulai Selasa ini.

Image

Beliau berkata, bantuan ini akan dimanfaatkan kepada lebih sejuta perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro yang layak dan bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran fasa 1 iaitu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lalu.

Image

“Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik COVID-19.

Image

Bantuan ini katanya akan membabitkan penerima yang sedia ada daripada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

Image

Untuk makluman anda juga, pembayaran ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem GKP, manakala semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai Isnin ini melalui:

PORTAL GKP

Beliau berkata, penerima GKP boleh merujuk soalan lazim yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

“Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP sejak COVID-19 melanda negara ialah sebanyak RM6.08 bilion.

Dengan inisiatif ini, kerajaan berharap agar bantuan tunai yang secara berterusan ini kepada PKS mikro yang layak dan sekaligus dapat membantu aliran tunai, selain menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka, iaitu sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

[Baca Juga: Betul Ke Hibah Yang Diberikan Lepas Kematian Tak Sah?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here