Hapus Subsidi, Beri Rakyat Bantuan Tunai, Ini Penjelasan Bos Mydin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sejak semalam, perkongsian pendapat ahli perniagaan terkemuka, Ameer Ali Mydin menjadi tajuk ‘muka depan’ di dinding media sosial.

Menurutnya, golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak pernah meminta subsidi, malah skim subsidi kerajaan tidak distruktur dengan betul.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan menghapuskan semua subsidi dan memberi bantuan tunai secara terus kepada rakyat.

“Kami (T20) tidak pernah meminta subsidi. Anda (kerajaan) menstruktur subsidi dengan tidak betul. Ia perlu disasarkan,” kata pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin itu.

Tiada lagi subsidi minyak masak, kecuali paket 1kg
Gambar Hiasan

Ulasan itu menyusul kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengenai golongan T20 yang mendapat manfaat daripada pemberian subsidi.

Rabu lalu, beliau berkata, subsidi kerajaan lebih RM15 bilion memberi manfaat kepada kumpulan T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol yang berjumlah RM4 bilion.

Kerajaan tidak patut campur tangan dalam ekonomi dan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga barangan serta perkhidmatan.

“Apabila anda memindahkan wang secara terus kepada rakyat, wang itu akan kembali ke dalam ekonomi. Ia akan memberi kesan berganda. Percayalah kepada rakyat untuk menguruskan wang itu sendiri.”

Katanya, peranan kerajaan sepatutnya menyediakan jaringan keselamatan kepada golongan paling rentan.

Kerajaan dijangka tampung subsidi RM8 bilion
Gambar Hiasan

“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, harga minyak tinggi, tetapi kerajaan tidak memberi subsidi. Sebaliknya, mereka memberi bantuan (kepada golongan miskin) dalam bentuk baucar makanan.”

“Tiada siapa yang kata kerajaan tidak perlu bantu, tetapi perlu bijak bagaimana kita membantu rakyat supaya tiada wang dibazirkan.”

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here