Harga Durian Bakal Turun Walau Barang Lain Makin Mahal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sebelum ini Niaga Kini pernah kongsikan mengenai keluhan peniaga-peniaga durian yang mendakwa mereka kekurangan pelanggan.

Justeru Niaga Kini memetik laporan dari ODISI, dimana terdapat desas-desus yang mengatakan harga barang akan mancanak naik sehingga 60% bermula Jun ini, harga raja buah – durian pula dikatakan akan mula turun.

Macam tak percaya pula, ketika harga ayam, daging, ikan, sayur, tepung dan minyak masak semuanya nak naik bulan depan, harga durian pula nak turun?

Memetik laporan dari BERNAMA, penggemar durian di Malaysia dijangka dapat menikmati keenakan buah itu pada harga lebih mampu milik pada Jun nanti.

Ini berikutan harganya dijangka menurun sedikit berbanding harga ‘Yahudi’ biasa sebelum ini akibat lebihan bekalan dari lebih banyak negeri lain.

Harga Durian

Pada masa ini, hanya Pulau Pinang mempunyai banyak lebihan bekalan di pasaran sejak awal bulan ini disebabkan tempoh pengeluaran durian di negeri tersebut adalah pada pertengahan April dan awal Mei.

Namun, harganya kini telah menunjukkan trend menurun dan dijangka akan terus turun apabila bekalan dari negeri lain diperolehi mulai bulan depan.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  ODISI & BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here