i-Citra: Semakan Tarikh Bayaran Terakhir Disember Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pasti ramai penerima i-Citra tertunggu-tunggu tarikh bayaran skim itu yang dijangka dimasukkan ke akaun pada Disember ini.

Kebiasaannya pembayaran akan mengambil masa satu hingga tiga hari bekerja, bergantung kepada bank yang terbabit.

[Baca Juga Pengeluaran KWSP: Petanda Had Umur Bersara Bakal Dinaikkan Hingga 70 tahun?]

Berikut adalah jadual bulanan pembayaran i-Citra

Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.

Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Semakan Status i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

Semakan melalui laman web i-Citra:

  • Sila ke laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan & maklumat pembayaran akan dipaparkan

Semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  • Sila ke aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: motif.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here